Kidcited Learning Store

Top Menu

  • Home
  • About Us
  • Contact Us

Main Menu

  • Home Page
  • Parenting
  • TIPS KEIBUBAPAAN
  • Tutorial Kit Pantas Membaca
  • GET Your Educational Material Here
Sign in / Join

Login

Welcome! Login in to your account
Lost your password?
Register

Lost Password

Back to login

Register

Back to login
  • Home
  • About Us
  • Contact Us

logo

Header Banner

Kidcited Learning Store

  • Home Page
  • Parenting
  • TIPS KEIBUBAPAAN
  • Tutorial Kit Pantas Membaca
  • GET Your Educational Material Here
  • 5 SEBAB BAYI TAK BOLEH DICIUM SESUKA HATI

  • 8 TIPS PENTING ELAK ANAK MERAGAM SEMASA BERAYA DI KAMPUNG

  • JIKA SI KECIL TERKENA EKZEMA AMALKAN 8 TIPS RUTIN HARIAN INI

  • 8 SENARAI PERKATAAN PENTING YANG BAYI KENA PANDAI SEBUT, BARULAH IBUBAPA MUDAH FAHAM!

  • 10 TIPS MUDAH BELAJAR BAHASA INGGERIS, NAK ANAK ‘SPEAKING’ MACAM MAT SALLEH?

TIPS KEIBUBAPAAN
Home›TIPS KEIBUBAPAAN›Tip-tip Menghadapi KBAT di Sekolah

Tip-tip Menghadapi KBAT di Sekolah

By admin
07/10/2017
1644
0

Biasa dengar ayat ‘Sel-sel otak berhubung’ di dalam iklan-iklan?

Secara teorinya, betul la begitu. Lagi banyak sel-sel otak yang berhubung, otak seorang kanak-kanak akan menjadi lebih cerdas.

ASAL USUL KBAT

KBAT ni sebenarnya adalah teori pendidikan yang berasal dari Bloom Taxonomy. Ia memerlukan pemprosesan kognitif (berkaitan dengan otak dan pemikiran atau mental skills- knowledge) lebih berbanding yang lain. KBAT memerlukan kita untuk melakukan critical thinking dan mempunyai kemahiran menyelesaikan masalah yang tinggi berbanding hanya menghafal fakta (rote learning).

Menurut kajian di Switzerland, seorang kanak-kanak sudah boleh dilatih mengenai kemahiran KBAT ini seawal usianya 12 bulan! Sungguh mengejutkan.

Di Malaysia, KBAT baru sahaja diperkenalkan beberapa tahun. Sudah tentu ia mengambil masa untuk dilaksanakan secara penuh. Yang terkejut bukan sahaja guru, ibu bapa dan anak, malah mereka yang berada di dalam industry pendidikan anak-anak juga turut merasai ‘tekanan’nya. Bukan apa, kita yang sudah dewasa ini tidak mengalami zaman KBAT dan tidak dilatih mengenainya. Bagaimana mahu mengajar anak pula kan?

 

MENINGGALKAN KBAT

Meninggalkan KBAT dan ‘remain old school’ bukanlah satu pilihan. Yelah, kita pastinya nak anak-anak dan generasi kita hebat di persada dunia suatu hari nanti. Setanding dengan negara-negara lain. Maklum juga ye…kita ni berdarah pendekar. Jangan kalah ok!

Persoalannya bukan sesuai atau tidak KBAT ini dilaksanakan. Sebaliknya, bagaimana kita menyediakan atau melatih anak-anak menghadapi dunia KBAT. Atau lebih tepat lagi, bagaimana nak meransang sel-sel otak anak supaya lebih banyak yang berhubung.

4 TIP PERSEDIAAN ANAK-ANAK KE SEKOLAH

Mari saya kongsikan 4 tips ini yang sesuai untuk dilaksanakan sebelum anak-anak masuk sekolah rendah

  1. Bezakan antara ‘Growth’ dan ‘Development’. Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, kita perlu buat kerja extraLuangkan masa untuk tahu mengenai ‘milestone development’ anak-anak dan pastikan anak kita mencapai milestone Lakukan ransangan sebanyak mungkin terhadap babies and toddlers. Cara yang terbaik adalah berikan mainan berkualiti yang mempunyai nilai pendidikan. Mainan yang akan meransang anak untuk berfikir, bercakap, bertanya soalan dan sebagainya. Minimakan gadget. Apabila milestone development ini telah dicapai, maka akan mudah untuk mereka menerima perkara-perkara yang lain pula.
  2. Latih diri untuk bertanya kepada anak-anak berkenaan ‘open ended questions’. Tidak kira di mana sahaja. Sekiranya mommy atau daddy membaca buku cerita kepada anak, cuba tanya soalan-soalan begini kepada anak:

“Bahagian mana di dalam cerita ini yang adik suka?” “Mengapa?”

“Adakah adik suka dengan cara cerita ini ditamatkan?”

“Cuba adik fikir cara lain untuk tamatkan cerita ini”

Ataupun dalam Bahasa Inggeris, ayat tersebut boleh dibaca sebagai:

“Which part of the story did you like best,” followed by “How come?” Another question to challenge your preschool students is, “Can you think of another way the story could have ended?” or “Do you like the way the story ended?”

Soalan-soalan begini meransang tahap pemikiran yang lebih tinggi di samping melakukan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan tahap umur anak-anak.

  1. Main permainan ‘Mana yang Hilang’ dengan anak. Caranya begini:

Letakkan lima atau enam objek seperti itik berwarna-warni atau kereta   mainan berturut-turut di atas meja. Minta anak untuk melihat dan memerhatikan objek-objek tersebut selama kira-kira 30 saat. Arahkan mereka untuk menutup mata dan kita ambil satu objek. Rapatkan objek yang berdekatan untuk menutup jurang. Tugas anak adalah untuk memberitahu kita apa yang hilang dan di mana dalam garis itu.

  1. Ajar anak mengenai pattern atau corak. Minta mereka teka. Contohnya begini: Susun 2 wooden blocks berbentuk empat segi sama berwarna       biru diikuti 3 wooden blocks tiga segi berwarna kuning dan seterusnya 2 wooden blocks berbentuk empat segi sama berwarna biru.  Kemudiannya tanya anak “What’s next?” Permainan ringkas ini, boleh dimanipulasi dengan apa-apa objek lain yang akan menghasilkan pattern. Atau corak yang mempunyai pola.

 

KBAT adalah kemahiran penting di abad-21 ini. Bersama-sama kita hadapi nya. Insya Allah. Jangan skeptikal dengan sentiment bahawa anak kita akan kehilangan zaman kanak-kanaknya apabila mengikuti KBAT ini. TIDAK! Anak kita masih boleh jadi hebat, mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi dan di masa yang sama bergembira sebagai kanak-kanak yang riang.

Post Views: 1,328
TagsKBATtips
Previous Article

4 Steps to Change Kids Behaviour

Next Article

Praktikkan 7 Perkara Ini Sejak Anak Berumur ...

Related articles More from author

  • Parenting

    12 Tips to Survive the Ride with your Kids.

    23/06/2017
    By admin
  • KidsParentingTIPS KEIBUBAPAAN

    JIKA SI KECIL TERKENA EKZEMA AMALKAN 8 TIPS RUTIN HARIAN INI

    17/05/2019
    By admin
  • Parenting

    5 Tips Choosing the Best Toys for your Kids

    07/09/2017
    By admin
  • Parenting

    Ready to be father and mother? Enjoy the parenthood!

    13/07/2017
    By admin
  • KidsTIPS KEIBUBAPAAN

    BOLEH KE BAGI ANAK 2 TAHUN MINUM UBAT BATUK?

    26/10/2018
    By admin
  • KidsTIPS KEIBUBAPAAN

    PANDUAN MEMILIH PERMAINAN YANG SESUAI SUPAYA ANAK LEBIH FOKUS!

    08/10/2018
    By admin

Leave a reply Cancel reply

You might be interested

  • ActivityEDUCATIONAL RESOURCESKidsTIPS KEIBUBAPAAN

    KEBAIKAN KAEDAH FONIK YANG IBU BAPA PERLU TAHU!

  • KidsTIPS KEIBUBAPAAN

    MERANGSANG OTAK ANAK DENGAN CEPAT DENGAN PENGGUNAAN FLASHCARD YANG BETUL!

  • KidsTIPS KEIBUBAPAAN

    APA ITU HORMON DOPAMIN?

  • LATEST REVIEWS

  • TOP REVIEWS

Timeline

  • 30/05/2019

    5 SEBAB BAYI TAK BOLEH DICIUM SESUKA HATI

  • 28/05/2019

    5 TIP BERAYA UNTUK IBU AYAH YANG ADA ANAK KECIL

  • 24/05/2019

    8 TIPS PENTING ELAK ANAK MERAGAM SEMASA BERAYA DI KAMPUNG

  • 21/05/2019

    PERMAINAN YANG SESUAI UNTUK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

  • 17/05/2019

    JIKA SI KECIL TERKENA EKZEMA AMALKAN 8 TIPS RUTIN HARIAN INI

Follow us on Instagram

logo

“We contribute to the development of High Order Thinking Skills (HOTS) Generation by unleashing the ultimate potential of every children”

About us

  • No 3, Jalan Inang 1, Taman Paya Rumput Utama, 76450, Melaka
  • 013-3693690
  • info@kidcited.com
  • Recent

  • Popular

  • Comments

  • 5 SEBAB BAYI TAK BOLEH DICIUM SESUKA HATI

    By admin
    30/05/2019
  • 5 TIP BERAYA UNTUK IBU AYAH YANG ADA ANAK KECIL

    By admin
    28/05/2019
  • 8 TIPS PENTING ELAK ANAK MERAGAM SEMASA BERAYA DI KAMPUNG

    By admin
    24/05/2019
  • PERMAINAN YANG SESUAI UNTUK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

    By admin
    21/05/2019
  • 12 Tips to Survive the Ride with your Kids.

    By admin
    23/06/2017
  • 7 IDEA AKTIVITI UNTUK ANAK 1-3 TAHUN SELAIN MAIN GAJET SAJA

    By admin
    03/05/2019
  • Gadgets, We Don’t Want You!

    By admin
    22/05/2017
  • Benefits of Painting for Kids

    By admin
    22/05/2017
  • Fatima Haris
    on
    02/11/2020

    7 IDEA AKTIVITI UNTUK ANAK 1-3 TAHUN SELAIN MAIN GAJET SAJA

    Terima kasih atas perkongsian ...
  • admin
    on
    06/10/2020

    Contact Us

    Salam sejahtera, Kami terima aduan ...
  • NURUL FIRDAUS BINTI BAHARUM
    on
    04/10/2020

    Contact Us

    Saya ada beli kit ...
  • admin
    on
    25/03/2019

    Contact Us

    Hi cikpuan Farah.Harga set ...

Photostream

    Follow us

    • Home
    • About Us
    © Copyright BKNINJA. All rights reserved.