Praktikkan 7 Perkara Ini Sejak Anak Berumur 5 Bulan Supaya Anak Pandai Baca Seawal Usia Setahun!

Praktikkan 7 Perkara Ini Sejak Anak Berumur 5 Bulan Supaya Anak Pandai Baca Seawal Usia Setahun!

Ibu bapa yang dah mula mengenalkan kad imbas huruf, nombor kepada anak seawal usia anak 5 bulan lagi secara konsisten, hasilnya sangat menakjubkan apabila anak mula menginjak usia setahun.

🤔Konsisten yang bagaimana? Luangkan masa bersama anak selama 10 hingga 15 minit setiap sesi bermain. Jika anda ibu bekerja, anda boleh lakukan ini di waktu malam sementara anak hendak tidur.

Sambil bermain boleh ajak anak mengenal huruf asas. Berikut adalah tip yang boleh dijadikan panduan memulakan pengajaran:

  1. Tutup sebahagian daripada bahan bacaan.
  2. Baca sekejap-sekejap dan rehat. Buat aktiviti fizikal seperti melompat di atas trampoline atau pergerakan bersilang. Kemudian sambung membaca semula. (bagi anak yang dah boleh berjalan dan melompat)
  3. Beri anak mainan ‘fidget’ untuk dipegang sambil membaca seperti bola atau mainan plastik lembut.
  4. Galakkan anak guna jari untuk menunjuk kepada perkataan yang sedang dibaca.
  5. Apabila membaca kuat, latih anak berhenti dan ambil nafas di akhir setiap ayat. Sekiranya ayat itu panjang, ambil nafas pada tanda koma.
  6. Jadikan sesi bacaan menyeronokkan. Membaca sambil bermain. Ia pasti membuatkan anak anda seronok belajar membaca.
  7. Kad Imbas yang digunakan hendaklah besar, terang dan berwarna- warni. Selepas sesi membaca, bagi anak pegang kad imbas itu dan biarlah dia nikmati sendiri berada di alam flashcard.

 

Contoh Kad Imbas

Jangan terkejut jika anak sudah mengenal huruf semenjak usianya 9 bulan. Anak syurga kita semua dilahirkan sebagai genius, mereka mampu membuat perkara lain yang lebih daripada itu.

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *