Cara Berkesan Mendidik Anak Supaya Mendengar Kata

 

📍Jadi tegas bukan pemarah
Ada beza antara marah dan tegas. Ibu bapa sekarang ramai suka marah tapi tak tegas.

📍Jangan suka ugut anak kalau kita tahu kita tak akan buat pun.
Pastikan cakap apa yang kita akan buat saja.

Contoh, ‘Pergi mandi sayang, kalau tak nanti mama tak bawa pergi taman petang ni’. Kalau dia tak buat, tak perlu marah, tak perlu jerit. Tapi bila sampai petang, jangan bawa pergi taman. Walaupun dia menangis jerit masa tu.

📍Katakan anak kita cuba merayu minta maaf kata dia tak buat lagi. Dia janji. Lepas tu dia minta bawa pergi taman hari yang sama dia buat salah tu juga, jangan bawa.Walaupun dia dah minta maaf.

Kata pada dia, “hari ni sayang dah buat salah, mama tak bawa pergi taman. Kita tengok esok, kalau sayang dengar kata, kita pergi esok.”

📍 Berikan penghargaan jika anak dengar kata.

Bila dia sudah dengar kata berikan penghargaan seperti membawanya ke KFC jika dia siapkan kerja rumah.

📍Suami isteri kena saling bekerjasama usaha tegas begini.
Kata kunci adalah bersama-sama. Ia takkan menjadi jika hanya salah seorang saja yang usaha begini.

 

Pada ibu bapa di luar sana, jom kongsi post ini supaya lebih ramai dari kita dapat perbaiki diri kita. Supaya anak kita semua juga menjadi anak yang dengar kata.

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *