Kidcited Learning Store

Top Menu

  • Home
  • About Us
  • Contact Us

Main Menu

  • Home Page
  • Parenting
  • TIPS KEIBUBAPAAN
  • Tutorial Kit Pantas Membaca
  • GET Your Educational Material Here
Sign in / Join

Login

Welcome! Login in to your account
Lost your password?
Register

Lost Password

Back to login

Register

Back to login
  • Home
  • About Us
  • Contact Us

logo

Header Banner

Kidcited Learning Store

  • Home Page
  • Parenting
  • TIPS KEIBUBAPAAN
  • Tutorial Kit Pantas Membaca
  • GET Your Educational Material Here
  • 5 SEBAB BAYI TAK BOLEH DICIUM SESUKA HATI

  • 8 TIPS PENTING ELAK ANAK MERAGAM SEMASA BERAYA DI KAMPUNG

  • JIKA SI KECIL TERKENA EKZEMA AMALKAN 8 TIPS RUTIN HARIAN INI

  • 8 SENARAI PERKATAAN PENTING YANG BAYI KENA PANDAI SEBUT, BARULAH IBUBAPA MUDAH FAHAM!

  • 10 TIPS MUDAH BELAJAR BAHASA INGGERIS, NAK ANAK ‘SPEAKING’ MACAM MAT SALLEH?

TIPS KEIBUBAPAAN
Home›TIPS KEIBUBAPAAN›KAJIAN ini telah dijalankan ke atas KANAK-KANAK dan HASILNYA sungguh MENGEJUTKAN! IBU BAPA WAJIB BACA!!!

KAJIAN ini telah dijalankan ke atas KANAK-KANAK dan HASILNYA sungguh MENGEJUTKAN! IBU BAPA WAJIB BACA!!!

By admin
24/10/2017
1245
0

Caranya cukup mudah:

Awak boleh makan sebiji marshmellow sekarang atau, sekiranya awak boleh tunggu, awak boleh makan dua biji mashmellow

Ini adalah eksprimen mengenai keupayaan untuk mengawal diri sendiri di kalangan kanak-kanak yang dijalankan oleh ahli psikologi, Dr Walter Mischel pada awal tahun 1960-an di Stanford University’s Bing Nursery School.

Prosedur kajian ini begitu mudah, namun keputusan yang dihasilkan jauh lebih kompleks dari apa yang kita boleh bayangkan. Hakikatnya, ia menceritakan tentang masa depan seorang kanak-kanak berusia 4 tahun yang menyertai kajian tersebut.

Sekumpulan kanak-kanak dibawa masuk ke dalam sebuah bilik yang kosong seorang demi seorang. Hanya terdapat sebiji marshmellow yang diletakkan di atas sebuah meja. Kanak-kanak ini diberi pilihan untuk memakan sebiji marshmellow itu pada bila-bila masa sahaja yang mereka suka atau, sekiranya mereka boleh menunggu sehingga orang dewasa yang memberi arahan kepada mereka kembali semula ke dalam bilik itu, mereka akan dihadiahkan dengan dua biji marshmellow.

“Kami berminat untuk mewujudkan konflik di dalam jiwa kanak-kanak. Konflik ini penting kerana tanpa konflik, kami tidak mempunyai situasi untuk menguji keupayaan mereka mengawal diri sendiri,” kata Mischel. Kanak-kanak itu kemudiannya ditinggalkan bersendirian di dalam bilik tersebut selama 15 minit – menyebabkan jiwa mereka bergolak dengan pilihan untuk memakan sebiji marshmellow dengan segera atau bersabar dan mendapat dua biji marshmellow.

Sepanjang kajian tersebut, Mischel mendapati bahwa kanak-kanak yang menunggu untuk mendapatkan 2 biji marshmellow menunjukkan cara-cara yang kreatif untuk mengalihkan perhatian mereka dari marshmellow tersebut seperti menolak marshmellow itu jauh dari mereka, menjarakkan diri mereka sendiri, berpaling ke arah yang lain, menyanyi dan sebagainya.

Selepas 50 tahun, Mischel kembali menjejaki mereka dan meneruskan kajiannya ke atas subjek kajian asal dan apa yang beliau temui ternyata mengejutkan!

Secara keseluruhannya, kanak-kanak yang menunggu untuk mendapatkan dua biji marshmellow mempunyai bacaan BMI yang lebih rendah, kadar ketagihan yang rendah, kadar penceraian yang rendah dan mendapat SAT scores yang tinggi. Hasil kajian beliau bertajuk: “The Marshmallow Test: Mastering Self-Control.”

Menurut Mischel, kanak-kanak yang boleh mengawal diri sendiri berkeupayaan untuk menghadapi tekanan demi mencapai matlamat dalam kehidupan mereka, tidak cepat putus asa dan mampu mengawal kekecewaan mereka.

Adakah ini bermakna kanak-kanak yang tidak menunggu untuk mendapatkan dua biji marshmellow itu telah ditakdirkan untuk menjalani kehidupan yang kurang baik? Tidak semestinya! “Saya yakin, kemahiran menguasai diri sendiri boleh diajar dan dilatih,” Kaa Mischel.

Di dalam kes kanak-kanak, Mischel berkata bahawa kanak-kanak yang menunggu untuk dua biji marshmellow telah menunjukkan strategi yang boleh diajar oleh ibu bapa kepada anak-anak mereka. Selain daripada itu, teknik untuk mengawal diri sendiri boleh dipelajari oleh semua peringkat umur.
==============================

Hari ini kanak-kanak lebih banyak terdedah dengan gajet samada telefon atau tab. Ternyata gajet banyak memberi implikasi negative kepada kanak-kanak samada dari perkembangan fisiologi mahupun sikap mereka. Didapati, kanak-kanak yang ketagihan gajet menjadi kurang sabar dan cepat mengamuk.

Pejuangan kami di Kidcited™ adalah untuk mengembalikan kanak-kanak kepada fitrah asal mereka, iaitu bermain! Bukan sebarang main, tapi bermain dengan permainan yang dapat meningkatkan daya fikir dan menyokong perkembangan mereka.

5 permainan berkualiti dan menyeronokkan untuk anak tersayang!

1) Penta Fun House
5 AKTIVITI dalam 1 permainan. Anak anak boleh belajar mengenal warna, mengenal bentuk, belajar mengira, memahami konsep gear, mengenal masa. Paling penting, membantu perkembangan motor halus anak!

2) Track Racer
Track Racer adalah #ToysOfTheYear yang sangat bagus untuk anak-anak belajar mengenai #causeandeffect .Ia membantu perkembangan minda anak. Mereka akan berIMAGINASI dan menjadi lebih KREATIF. Membantu koordinasi mata 👀dan tangan💪 anak dengan lebih baik. Bukan senang budak kecil nak susun kereta atas rail kan. 👍Anak anda juga dapat melihat aksi berulang kali yang mudah dan belajar melaluinya

3) Pipe Construction
Ini sesuatu yang rare dan sukar didapati. Bukan anak sahaja akan teruja. Mak ayah pun join sekali!

4) Building blocks
Tidak dinafikan, building blocks adalah kegemaran kanak-kanak dari dulu sampai sekarang. Pastikan anak anda ada satu set yang berkualiti.

5) Set mewarna batik
Berkarya dengan kreatif tanpa had. Bermain dengan warna tanpa bosan.

Semoga bermanfaat!

Post Views: 940
Previous Article

10 Reasons Your Toddler’s Tantrum is Actually ...

Next Article

FINE MOTOR SKILL IS ESSENTIAL TO RAISE ...

Related articles More from author

  • ActivityKidsTIPS KEIBUBAPAAN

    5 KEBAIKAN BERMAIN UNTUK KANAK-KANAK

    24/04/2019
    By admin
  • KidsTIPS KEIBUBAPAAN

    5 TIPS UNTUK ANAK KECIL BERKONGSI BARANG

    22/10/2018
    By admin
  • ActivityKidsTIPS KEIBUBAPAAN

    PERMAINAN YANG SESUAI UNTUK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

    21/05/2019
    By admin
  • KidsTIPS KEIBUBAPAAN

    BOLEH KE BAGI ANAK 2 TAHUN MINUM UBAT BATUK?

    26/10/2018
    By admin
  • KidsParentingTIPS KEIBUBAPAAN

    5 SEBAB BAYI TAK BOLEH DICIUM SESUKA HATI

    30/05/2019
    By admin
  • ActivityKidsTIPS KEIBUBAPAAN

    IBU AYAH TAHU TAK APA ITU MAINAN MANIPULATIVES?

    07/05/2019
    By admin

Leave a reply Cancel reply

You might be interested

  • KidsTIPS KEIBUBAPAAN

    SEBENARNYA PUNCA GIGI ANAK ROSAK BUKAN SEBAB MAKAN COKLAT JE…TAPI RUPANYA…..

  • KidsTIPS KEIBUBAPAAN

    SAYANGI DIRI ANDA , KENALI TANDA-TANDA DEPRESSION

  • KidsTIPS KEIBUBAPAAN

    10 Cheklist Persiapan Hari Raya Supaya Ibu Tak Kelam Kabut Di Hari Raya!

  • LATEST REVIEWS

  • TOP REVIEWS

Timeline

  • 30/05/2019

    5 SEBAB BAYI TAK BOLEH DICIUM SESUKA HATI

  • 28/05/2019

    5 TIP BERAYA UNTUK IBU AYAH YANG ADA ANAK KECIL

  • 24/05/2019

    8 TIPS PENTING ELAK ANAK MERAGAM SEMASA BERAYA DI KAMPUNG

  • 21/05/2019

    PERMAINAN YANG SESUAI UNTUK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

  • 17/05/2019

    JIKA SI KECIL TERKENA EKZEMA AMALKAN 8 TIPS RUTIN HARIAN INI

Follow us on Instagram

logo

“We contribute to the development of High Order Thinking Skills (HOTS) Generation by unleashing the ultimate potential of every children”

About us

  • No 3, Jalan Inang 1, Taman Paya Rumput Utama, 76450, Melaka
  • 013-3693690
  • info@kidcited.com
  • Recent

  • Popular

  • Comments

  • 5 SEBAB BAYI TAK BOLEH DICIUM SESUKA HATI

    By admin
    30/05/2019
  • 5 TIP BERAYA UNTUK IBU AYAH YANG ADA ANAK KECIL

    By admin
    28/05/2019
  • 8 TIPS PENTING ELAK ANAK MERAGAM SEMASA BERAYA DI KAMPUNG

    By admin
    24/05/2019
  • PERMAINAN YANG SESUAI UNTUK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

    By admin
    21/05/2019
  • 12 Tips to Survive the Ride with your Kids.

    By admin
    23/06/2017
  • 7 IDEA AKTIVITI UNTUK ANAK 1-3 TAHUN SELAIN MAIN GAJET SAJA

    By admin
    03/05/2019
  • Gadgets, We Don’t Want You!

    By admin
    22/05/2017
  • Benefits of Painting for Kids

    By admin
    22/05/2017
  • Fatima Haris
    on
    02/11/2020

    7 IDEA AKTIVITI UNTUK ANAK 1-3 TAHUN SELAIN MAIN GAJET SAJA

    Terima kasih atas perkongsian ...
  • admin
    on
    06/10/2020

    Contact Us

    Salam sejahtera, Kami terima aduan ...
  • NURUL FIRDAUS BINTI BAHARUM
    on
    04/10/2020

    Contact Us

    Saya ada beli kit ...
  • admin
    on
    25/03/2019

    Contact Us

    Hi cikpuan Farah.Harga set ...

Photostream

    Follow us

    • Home
    • About Us
    © Copyright BKNINJA. All rights reserved.