TIPS CARA MENINGKATKAN SELERA MAKAN SI KECIL !

1) Elakkan paksa anak atau marah-marah masa makan. Anak-anak kecil akan mengaitkan pengalaman yang tidak seronok dengan makanan. Kalau masa ini tak mahu makan, mungkin belum lapar lagi,tidak perlu paksa atau marahnya.

2) Elakkan bagi snek manis bergula sebelum masa makan atau minuman bergula. Kanak-kanak perut kecil dan cepat kenyangjika diberi snek manis dahulu.

3) Galakkan aktiviti yang cergas, mereka yang cergas selalunya lebih selera makan. Senaman dalam aktiviti setiap hari lebih baik daripada duduk tengok televisyen atau main dengan ipad.

4) Letak makan sedikit saja atas pinggan, lepas habis baru tambah, bila ada sedikit saja baru mereka tunjuk minat dan berebut-rebut untuk makan.

5) Makanan yang budak-budak suka lembut-lembut dan senang telan macam pasta, mereka tidak suka makanan yang masin atau kuat perasa – berlainan sikit sebab lidah mereka lebih sensitif dari orang dewasa dan boleh rasa yang kita tak rasa.

6) Hias makanan untuk menghibur anak-anak supaya mereka seronok nak makan seperti contoh carrot berbunga, nasi dalam bentuk ikan.

7) Letak dalam pinggan yang bercorak bagi mereka terhibur seperti pinggan spiderman sebagai contoh. Lepas habis makan baru nampak spiderman.

8) Tukar menu supaya mereka tidak bosan dengan makanan yang sama.

9)Tak ada gangguan lain yang menarik tumpuan mereka masa makan. Tutup televisyen, tutup ipad, jangan tunjuk dessert atau manisan sampai dah habis makan.

10) Paling penting sekali makan bersama ibubapa. Kalau tak makan bersama dalam suasana gembira, mereka tak seronok nak makan. Mereka suka ikut apa ibubapa buat sebagai teladan. Tunjuk yang kita pun selera makan dan bagi perhatian kepada anak-anak masa makan. Mereka suka sangat dapat attention dan akan tunggu masa makan bersama ibubapa.

11)Kalau susah juga, ajak anak-anak tolong masak sama-sama atau sediakan makanan, kemudian beri puji-pujian sedapnya anak buat, Insyallah anak-anak bila terhibur dan hati gembira akan lebih selera nak makan.

Selamat mencuba !

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *