Kebaikan Lego yang Ramai Ibubapa Tak Tahu!

Selalu kita dengar orang cakap bahawa ‘Lego’ atau blok binaan merupakan antara mainan terbaik buat anak.Lumrah semua kanak-kanak sukakan lego.Jangan disekat anak-anak nak bermain lego ni. Sebab macam-macam kebaikan yang ada dengan bermain lego, Cuma kita je kadang-kadang tak sedar. Children learn through play.

Jom kita ambil tahu kebaikan bermain lego :

 

  1. Lego ni ada pelbagai warna.Warna –warninya yang sangat menarik perhatian bila anak bermain. Boleh ajar anak mengenai warna, atau bertanya warna apa yang sedang dimainkan oleh anak. Anak seawal 2 tahun pun dah boleh jawab soalan warna ni.

2. Bentuk dan ukuran lego yang macam-macam juga merupakan media pembelajaran bagi anak, sehingga anak dapat mengenal pelbagai bentuk. Lego sekarang makin canggih kan, siap ada tayar lagi tau, boleh berpusing. Ada jugak yang ada bunga, orang, dan macam-macam lagi lah.

  1. Saat anak menyusun lego, anak sedang melatih koordinasi antara mata dan tangan. Kemampuan anak untuk memilih, mengawal, menempatkan dan memasang lego akan berkembang dengan baik. Anak pandai sebenarnya nak memilih warna mana, bentuk mana yang tangan nak ambil.

 

  1. Menggenggam dan membuka pasang lego dapat melatih motor halus anak. Kadang-kadang si abang pasang ketat sangat adik pulak yang menjerit nak bukak. Bermain lego juga dapat membina otot-otot kecil seperti jari-jemari anak dan mengaktifkan jari mereka. Ini dapat membantu anak untuk cepat belajar menulis.
  1. Pemilihan warna dan hasil bangunan yang dibuat anak dapat melatih jiwa seni anak jugak. Anak menjadi lebih kreatif menghasilkan sesuatu objek dari blok-blok lego dengan warna yang bersesuaian.

 

  1. Pada bahagian atas lego terdapat bulatan-bulatan timbul kan. Jadi ni boleh dijadikan bahan untuk belajar mengira tau.Boleh ajar operasi tambah,tolak dan sebagainya.

  1. Anak akan jadi kreatif, imaginative dan cuba menyelesaikan masalah (problem solving). Dia akan berimaginasi untuk membina kapal terbang atau kereta. Otaknya berfikir blok lego yang manakah yang perlu digunakan untuk digabung. Jangan hairan bila anak selesai menyusun, kemudian ia berkata dia sedang membina kereta ke , gajah ke,  padahal  jika dilihat sebenarnya belum menyerupai apa pun yang anak sebutkan. Puji dan beri penghargaan agar anak lebih mengeksplorasi berbagai-bagai macam bentuk lagi.

  1. Jika bermain bersama-sama dengan kawan-kawan atau dengan saudara mara, secara tidak langsung anak akan berlatih berkomunikasi dan mengemukakan idea dan juga belajar berkongsi barang dan menunggu giliran. Juga akan menggalakkan ‘teamwork’.

  1. Kemampuan berbahasa anak juga akan lebih terlatih. Anak akan belajar ‘di atas’ , ‘di bawah’ , ‘kecil’, ‘besar’, dan macam-macam lagi. Boleh bermain games mengenal warna dan mengira bersama anak-anak.
  1. Ajar anak untuk mengemas lego selepas bermain, boleh memupuk sikap bertanggungjawab dengan barang sendiri. Clean up, clean up, clean up.

Semoga ini dapat memberikan manfaat untuk ibubapa bermain lego bersama anak di rumah.

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *