Tips Memilih Taska Dan Pengasuh yang Selamat

TASKA ATAU PENGASUH?

Dilema ibu bekerja adalah nak hantar anak dekat  taska atau pengasuh? Tambahan pula baru-baru ni kita digemparkan dengan kes Adam Rayqal yang sangat menyayat hati semua ibu-ibu di Malaysia.Mana ada ibu yang sanggup nak hantar anak kepada pengasuh kalau tahu pengasuhnya nak buat macam tu.Betul tak?

 

Kalau hantar taska pun sama juga banyak sangat kes-kes guru taska yang mendera anak-anak taska sewenang-wenangnya tanpa rasa bersalah.jadi sangat penting untuk memilih taska atau pengasuh supaya dapat mengelakkan perkara tak diingini berlaku.

 

TIPS MEMILIH TASKA UNTUK ANAK KITA SELAMAT.

  1. Taska mestilah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Ini bagi memastikan taska tersebut mengikut standard yang ditetapkan dan menepati piawaian dalam penjagaan kanak-kanak.

Sumber : Utusan Online
  1. Kawasan taska adalah selamat. Ini amatlah penting. Lihat kawasan sekeliling, adakah ia kawasan perumahan atau kawasan perkilangan? Bagaimana pula dengan keadaaan jalan raya yang berhampiran dengan taska. Itu semua perlu diambil kira.
  2. Memiliki tangga keselamatan, pintu kecemasan dan alat pemadam kebakaran. Ini juga sangat penting. Taska perlu mendapat kelulusan pihak Majlis Negeri dan juga Bomba. Ini bagi memastikan bahawa jika berlaku kecemasan seperti kebakaran, taska berkenaan bersedia untuk mengahdapi kemungkinan.

Sumber : Sinar harian
  1. Taska bersih bagi menjamin kesihatan anak-anak. Penyakit berjangkit seperti penyakit kaki, tangan dan mulut selalu berlalu di kalangan kanak-kanak. Ianya mudah merebak jika kawasan tempat anak-anak tinggal dan diletakkan tidak dijaga dengan baik dan tidak bersih.

Memilih pusat jagaan atau taska yang baik bukan sahaja tertumpu kepada persekitaran  atau suasana yang bagus dan menyakinkan. Aset paling penting yang perlu ibubapa titik beratkan adalah pemilihan pengasuh atau guru kepada anak anda.

Sumber : KEMAS

TIPS MEMILIH PENGASUH YANG BAIK

1)      Pengasuh mengamalkan cara hidup Islam yang syumul.

Sebagai seorang Muslim, tentu anda mahu pengasuh anak anda seorang Islam. Ini adalah amat penting kerana penampilan, perwatakan dan tingkah laku pengasuh sedikit sebanyak akan memberikan kesan kepada anak. Pengasuh yang baik akan sentiasa memelihara aurat dan akhlaqnya. Dia bukan sahaja memakai tudung dan berpakaian sopan yang menutup aurat, tetapi dia juga berilmu. Pengasuh boleh membaca doa-doa harian yang mudah, membaca al-qur’an dan berzikir.

Sumber : Anakibu

2)  Pengasuh mengetahui tentang penjagaan bayi dan kanak-kanak.

Ilmu Pendidikan awal kanak-kanak amatlah penting kepada seorang pengasuh. Bukan sahaja dia tahu menukar lampin dan membuat susu, malah dia juga tahu bagaimana menangani anak yang bergaduh atau mengendalikan anak yang menggigit.

3)     Anak anda selesa dan suka kepada pengasuhnya.

Sumber : Babycenter

Ini mungkin mengambil masa yang lama untuk anak anda mesra dan selesa ketika berada bersama pengasuh. Ibubapa perlu ingat, walau pengasuh yang terbaik sekalipun tidak dapat menggantikan tempat seorang ibu. Selepas beberapa hari anak anda bersama pengasuhnya, anda mesti dapat mengesan adakah anak anda selesa dan mesra bersama pengasuh atau tidak. Jika anak masih tidak mahu kepada pengasuhnya, ini mungkin bermakna pengasuh tidak dapat memberikan kemesraan sewajarnya dan personaliti pengasuh yang tidak baik.

4)   Pengasuh gembira apabila melihat anak anda.

Mama akan dapat lihat jika pengasuh benar-benar gembira menjaga dan mengasuh anak anda dan anak anda juga dapat merasakannya. Kasih sayang dan kemesraan akan terserlah ketika mereka bersama-sama.

5)  Pengasuh akan membantu anda menyelesaikan sebarang masalah dan memberikan penjagaan yang sewajarnya kepada anak anda.

Sumber : Kelab Mama

Jika anak anda susah untuk makan, pengasuh akan cuba menarik perhatian anak untuk makan seperti meletakkan permainan berhampirannya untuk menjadikan waktu makan anak lebih menarik. Jika anak anda tidak mahu tidur, pengasuh akan bertanya kepada anda nasihat tertentu. Berkerjasama dengan mama dan melakukan pelbagai usaha dalam mengasuh anak anda adalah petanda bahawa pengasuh melakukan kerjanya dengan serius.

6)    Pengasuh menghormati masa anda.

Pengasuh yang baik akan membuka pusat jagaan sebelum anda sampai atau memberitahu sebarang kemungkinan kepada anda seawal yang mungkin. Jika berlakunya tiada pengasuh pada satu-satu masa, pengganti akan dicari.

7)     Pengasuh akan sentiasa berkomunikasi dan berhubung.

Pengasuh yang bertanggungjawab akan memberitahu tentang sebarang perkembangan dan apa yang berlaku sepanjang hari sewaktu di dalam penjagaannya. Mungkin dengan hanya secebis nota yang diselitkan di beg anak, mama tentu rasa dihargai dan menghargai usaha pengasuh.

8) Anak anda bersih.

Kebersihan petanda kepada pengasuh yang baik. Sebagaimana anda meninggalkan anak dalam keadaan yang bersih, begitu juga anda mengharapkan pengasuh akan menyerahkan kembali anak anda dalam keadaan yang bersih tanpa meninggalkan sebarang kekotoran pada anak.

9)        Kemalangan jarang berlaku.

Sudah tentu kemalangan kecil seperti terjatuh atau bergaduh dengan kawan akan berlaku. Tetapi, pengasuh yang baik akan memastikan keselamatan anak anda adalah keutamaannya. Pengasuh akan sentiasa mengawasi anak ketika bermain dan memastikan pagar sentiasa ditutup dan berkunci.

 

Semoga tips ni memberi manfaat pada semua ibubapa dalam memilih Taska dan pengasuh yang baik dan selamat untuk anak anda.

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *