Kidcited Learning Store

Top Menu

  • Home
  • About Us
  • Contact Us

Main Menu

  • Home Page
  • Parenting
  • TIPS KEIBUBAPAAN
  • Tutorial Kit Pantas Membaca
  • GET Your Educational Material Here
Sign in / Join

Login

Welcome! Login in to your account
Lost your password?
Register

Lost Password

Back to login

Register

Back to login
  • Home
  • About Us
  • Contact Us

logo

Header Banner

Kidcited Learning Store

  • Home Page
  • Parenting
  • TIPS KEIBUBAPAAN
  • Tutorial Kit Pantas Membaca
  • GET Your Educational Material Here
  • 5 SEBAB BAYI TAK BOLEH DICIUM SESUKA HATI

  • 8 TIPS PENTING ELAK ANAK MERAGAM SEMASA BERAYA DI KAMPUNG

  • JIKA SI KECIL TERKENA EKZEMA AMALKAN 8 TIPS RUTIN HARIAN INI

  • 8 SENARAI PERKATAAN PENTING YANG BAYI KENA PANDAI SEBUT, BARULAH IBUBAPA MUDAH FAHAM!

  • 10 TIPS MUDAH BELAJAR BAHASA INGGERIS, NAK ANAK ‘SPEAKING’ MACAM MAT SALLEH?

TIPS KEIBUBAPAAN
Home›TIPS KEIBUBAPAAN›7 Sifat Guru Tadika Terbaik Yang Ibu bapa Mahukan !

7 Sifat Guru Tadika Terbaik Yang Ibu bapa Mahukan !

By admin
16/08/2018
2353
0

Sekarang kecoh mengenai penderaan oleh guru terhadap anak-anak di tadika.Ini menjadi kerisauan ibu bapa dalam memilih tadika yang bersesuaian untuk anak mereka.Anak umur 4 hingga 6 tahun perlu diberi perhatian kepada pengajaran dan pembelajaran oleh guru-guru yang baik.

Sifat guru yang terbaik sangat perlu supaya ibu bapa dapat memberi kepercayaan pada guru tadika untuk mengajar anak mereka.Apakah kriteria guru tadikal kanak-kanak yang baik? Seorang guru tadika yang terbaik haruslah mempunyai sifat-sifat ini.

1. BERILMU

Guru yang baik adalah guru yang sentiasa mendalami dan belajar ilmu-ilmu di dalam pendidikan awal kanak-kanak. Tanpa ilmu yang baik dan cukup, mana mungkin seorang guru pendidikan awal kanak-kanak memahami kerenah, kehendak, keperluan dan perkembangan yang sesuai dengan anak-anak ini.

2. SABAR

Jika tiada sifat sabar, maka kita tidak sesuai untuk menjadi guru pendidikan awal kanak-kanak. Sifat sabar sangat penting kerana anak-anak sebesar ini belajar mengikut peringkat dan kemampuan mereka. Mereka tidak akan terus dapat apa yang kita ajar, tunjuk dan baca. Bagi sesetengah anak, mereka mengambil masa untuk menghafal atau mengingati sesuatu.

3. KREATIF

Guru yang baik adalah guru yang kreatif. Perlu diingat bahawa anak-anak lingkungan umur 4 hingga 6 tahun bukan seperti pelajar kolej yang duduk diam di kerusi masing-masing dan hanya mendengar apa yang diperkatakan oleh guru di hadapan kelas.

Guru pendidikan awal kanak-kanak, adalah guru yang cergas, yang tidak boleh duduk diam, yang sentiasa ada benda baru untuk diajar, yang sentiasa ada cara baru untuk menyampaikan pembelajarannya dan sentiasa mahu anak-anak yang diajarnya responsif dan aktif di dalam kelas.

4. POSITIF

Sifat ini sangat perlu bagi seorang pengamal pendidikan awal kanak-kanak. Bagi anak yang agak lambat perkembangannya, kita akan sentiasa positif bahawa dia akan mengambil masa sedikit dan tidak akan putus asa. Usah sesekali bersangka negatif bila kita lihat perkembangan kanak-kanak ini agak perlahan. Yang paling penting, usah bersangka buruk dengan apa yang ibu-bapa kanak-kanak ini. Teruskan beri kata-kata semangat pada mereka agar terus mencuba. Ingat, kita sebagai guru tadika hanyalah perantara. Allah yang memberikan ilmu dan hidayah pada mereka.

 

5. PENYAYANG

Sifat penyayang pula amat perlu kerana membuat kesilapan adalah biasa bagi anak-anak sekecil ini. Jika tidak penyayang, maka mustahil untuk anak-anak ini dapat belajar dengan baik. Salah satu sifat Allah ialah Ar-Rahim iaitu Yang Maha Penyayang. Apa salahnya kita jadi penyayang dengan semua kanak-kanak ini. Bahkan dengan rakan sekerja yang lain.

6. TIDAK PILIH KASIH

Sudah tentu kita ada pelajar cilik yang menjadi ‘favourite’ kita. Sama seperti menjaga anak-anak, jangan sampai kita puji dan lebihkan calon ‘favourite’ ini. Banyak impak negatif pada kanak-kanak yang selalu jadi anak emas pada masa hadapan. Sikap ‘over-confident’ dan rasa bangga diri akan memakan diri kanak-kanak ini. Itu belum lagi kesan pada kanak-kanak yang ‘bukan favourite‘. Tentu mereka rasa tersisih. Layanilah mereka semua seadanya.

7. SEALU BERSYUKUR

Gaji bukanlah satu perkara yang menjadi ‘priority’. Bersyukur atas apa yang ada. Benar,duit itu penting. Mana-mana orang yang ingin mengisi jawatan kosong guru tadika semata-mata kerana duit, mereka tidak akan mendapat kepuasan. Kepuasan apabila anak-anak yang kita jaga dan ajar, daripada tidak tahu baca doa, kini sudah pandai membaca dan menghafal pelbagai doa. Kepuasan anak-anak pandai membaca. Kepuasan kanak-kanak berinteraksi sesama mereka. Belum lagi kita lihat riak muka ibu-bapa yang terbit rasa sedih bercampur suka kerana anak mereka belajar sesuatu. Ini tidak boleh dinilai dengan duit.

 

Ayuh kongsikan artikel ni pada ibubapa dan guru.Semoga bermanfaat

Post Views: 2,411
Previous Article

Tips Memilih Taska Dan Pengasuh yang Selamat

Next Article

SEBENARNYA PUNCA GIGI ANAK ROSAK BUKAN SEBAB ...

Related articles More from author

  • ActivityKidsParentingTIPS KEIBUBAPAAN

    8 TIPS PENTING ELAK ANAK MERAGAM SEMASA BERAYA DI KAMPUNG

    24/05/2019
    By admin
  • KidsTIPS KEIBUBAPAAN

    ANAK USIA 2 TAHUN KEBAWAH SELALU MENANGIS BILA TAK NAMPAK IBU DEPAN MATA

    15/02/2019
    By admin
  • KidsTIPS KEIBUBAPAAN

    TIPS MEMILIH PRODUK MANDIAN YANG SESUAI UNTUK SI MANJA!

    14/01/2019
    By admin
  • KidsTIPS KEIBUBAPAAN

    5 KEBAIKAN BACA BUKU SEBELUM ANAK TIDUR

    14/11/2018
    By admin
  • ActivityKidsTIPS KEIBUBAPAAN

    5 TIP BERAYA UNTUK IBU AYAH YANG ADA ANAK KECIL

    28/05/2019
    By admin
  • ActivityKidsTIPS KEIBUBAPAAN

    5 CARA ATASI ANAK KETAGIH GAJET

    16/04/2019
    By admin

Leave a reply Cancel reply

You might be interested

  • ActivityEDUCATIONAL RESOURCESKidsTIPS KEIBUBAPAAN

    KEBAIKAN KAEDAH FONIK YANG IBU BAPA PERLU TAHU!

  • KidsTIPS KEIBUBAPAAN

    SIKIT-SIKIT GADJET, SIKIT-SIKIT YOUTUBE, BURUK PADAHNYA!

  • EDUCATIONAL RESOURCESKidsParentingTIPS KEIBUBAPAAN

    8 SENARAI PERKATAAN PENTING YANG BAYI KENA PANDAI SEBUT, BARULAH IBUBAPA MUDAH FAHAM!

  • LATEST REVIEWS

  • TOP REVIEWS

Timeline

  • 30/05/2019

    5 SEBAB BAYI TAK BOLEH DICIUM SESUKA HATI

  • 28/05/2019

    5 TIP BERAYA UNTUK IBU AYAH YANG ADA ANAK KECIL

  • 24/05/2019

    8 TIPS PENTING ELAK ANAK MERAGAM SEMASA BERAYA DI KAMPUNG

  • 21/05/2019

    PERMAINAN YANG SESUAI UNTUK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

  • 17/05/2019

    JIKA SI KECIL TERKENA EKZEMA AMALKAN 8 TIPS RUTIN HARIAN INI

Follow us on Instagram

logo

“We contribute to the development of High Order Thinking Skills (HOTS) Generation by unleashing the ultimate potential of every children”

About us

  • No 3, Jalan Inang 1, Taman Paya Rumput Utama, 76450, Melaka
  • 013-3693690
  • info@kidcited.com
  • Recent

  • Popular

  • Comments

  • 5 SEBAB BAYI TAK BOLEH DICIUM SESUKA HATI

    By admin
    30/05/2019
  • 5 TIP BERAYA UNTUK IBU AYAH YANG ADA ANAK KECIL

    By admin
    28/05/2019
  • 8 TIPS PENTING ELAK ANAK MERAGAM SEMASA BERAYA DI KAMPUNG

    By admin
    24/05/2019
  • PERMAINAN YANG SESUAI UNTUK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

    By admin
    21/05/2019
  • 12 Tips to Survive the Ride with your Kids.

    By admin
    23/06/2017
  • 7 IDEA AKTIVITI UNTUK ANAK 1-3 TAHUN SELAIN MAIN GAJET SAJA

    By admin
    03/05/2019
  • Gadgets, We Don’t Want You!

    By admin
    22/05/2017
  • Benefits of Painting for Kids

    By admin
    22/05/2017
  • Fatima Haris
    on
    02/11/2020

    7 IDEA AKTIVITI UNTUK ANAK 1-3 TAHUN SELAIN MAIN GAJET SAJA

    Terima kasih atas perkongsian ...
  • admin
    on
    06/10/2020

    Contact Us

    Salam sejahtera, Kami terima aduan ...
  • NURUL FIRDAUS BINTI BAHARUM
    on
    04/10/2020

    Contact Us

    Saya ada beli kit ...
  • admin
    on
    25/03/2019

    Contact Us

    Hi cikpuan Farah.Harga set ...

Photostream

    Follow us

    • Home
    • About Us
    © Copyright BKNINJA. All rights reserved.