SEBENARNYA PUNCA GIGI ANAK ROSAK BUKAN SEBAB MAKAN COKLAT JE…TAPI RUPANYA…..

Ramai anak-anak kita yang mempunyai masalah karies gigi. Nak tahu tak kenapa anak-anak boleh kena karies gigi? Sebanarnya punca gigi anak rosak bukan sebab makan coklat je. Tapi rupanya kerana suka hisap botol waktu tidur. Ditambah pula susah nak gosok gigi. Puas berperang nanti jadinya.

Banyak kesan buruk dari tabiat menyusu botol kuat.  

  • Pertama, bila anak minum botol kemam dalam mulut semalaman, bakteria mulut dan gula dalam susu akan jadi berasid lalu menghakis giginya.
  • Kedua, anak jadi tak selera makan makanan lain. Mana taknya asyik minum susu je, memang anak-anak dah kenyang minum susu sebab tu tak lalu makan.
  • Ketiga, anak-anak tidak diajar untuk gosok gigi sejak dari kecil. Sebenarnya gosok gigi perlu dari dilatih sejak kecil lagi supaya nak terbiasa dengan rutin harian menggosok gigi supaya gigi sentiasa bersih dan cantik. Jadi susahlah karies gigi berlaku.

Ibu boleh didik anak supaya gosok gigi sejak dari kecil lagi dan kurangkan minum susu di waktu malam. Terutama sekali sebelum tidur malam. Jalan terbaik, hentikan susu botol.

Jadi ibubapa sekalian, jom kita betulkan cara yang salah. Jom tambah ilmu tentang penjagaan gigi. Dan yang mana gigi anak dah rosak, cepat-cepatlah bawa ke klinik. Ikut nasihat mereka. Jangan tangguh.

Dan jangan ingat susu botol je, susu badan pun kalau anak kerap mengempeng boleh kena karies jugak. Jadi semua perkara kena besederhana.

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *