PANDUAN MEMILIH PERMAINAN YANG SESUAI SUPAYA ANAK LEBIH FOKUS!

           Tak semua jenis permainan sesuai dengan ank berumur 18 bulan ke bawah, sebabnya dalam lingkungan umur yang macamni mereka seringkali memasukkan permainan di dalam mulut dan boleh mencederakan diri mereka sendiri. Jadi disini kami sediakan Panduan memilih permainan yang sesuai supaya anak lebih fokus.

Bila anak-anak bermain dengan betul pada waktu yang betul potensi pembelajaran anak-anak jadi lebih cepat.

Bayi akan lebih fokus jika permainan mempunyai colour-colour terang dan berwarna warni. Yang ada bunyi-bunyi. Cari jugak permainan yang bercermin untuk merangsang penglihatan bayi.

Jadi, untuk bayi yang masih baru baring-baring belum boleh merangkak, permainan yang sesuai adalah permainan yang merangsang 5 deria:

  • 1
    Penglihatan (see)
  • 2
    Pendengaran (hear)
  • 3
    Deria rasa (taste)
  • 4
    Deria sentuhan (touch)
  • 5
    Deria bau (smell)

Untuk bayi yang sudah merangkak (up to 18 months), kita tukarkan kepada aktiviti yang merangsang koordinasi dan perkaitan.


  • Susun-susun ring
  • Asingkan mainan ikut bentuk (shape sorter)
  • Blocks

Sewaktu mandikan anak di dalam kolam kecil, besen atau bathtub. Berikan bathtub toys: macam gayung, itik terapung, yang menyebabkan water splash, isi-isi dan tuang. Walaupun tengah mandi anak anda dapat belajar sesuatu disitu.

Waktu ini juga kenalkan anak dengan bahasa dan perkataan. Ajar ini apa, itu apa. Belikan buku mengenai objek dan perkataan, Bila anak pegang sesuatu beritahu nama objek itu.

Senang je nak ajar anak fokus melalui permainan. Anak-anak akan lebih seronok lagi jika kita mempunyai masa bermain dengan mereka sekali. Luangkan masa anda dengan anak-anak supaya anak membesar dengan perkembangan yang bagus....

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *