Kidcited Learning Store

Top Menu

  • Home
  • About Us
  • Contact Us

Main Menu

  • Home Page
  • Parenting
  • TIPS KEIBUBAPAAN
  • Tutorial Kit Pantas Membaca
  • GET Your Educational Material Here
Sign in / Join

Login

Welcome! Login in to your account
Lost your password?
Register

Lost Password

Back to login

Register

Back to login
  • Home
  • About Us
  • Contact Us

logo

Header Banner

Kidcited Learning Store

  • Home Page
  • Parenting
  • TIPS KEIBUBAPAAN
  • Tutorial Kit Pantas Membaca
  • GET Your Educational Material Here
  • 5 SEBAB BAYI TAK BOLEH DICIUM SESUKA HATI

  • 8 TIPS PENTING ELAK ANAK MERAGAM SEMASA BERAYA DI KAMPUNG

  • JIKA SI KECIL TERKENA EKZEMA AMALKAN 8 TIPS RUTIN HARIAN INI

  • 8 SENARAI PERKATAAN PENTING YANG BAYI KENA PANDAI SEBUT, BARULAH IBUBAPA MUDAH FAHAM!

  • 10 TIPS MUDAH BELAJAR BAHASA INGGERIS, NAK ANAK ‘SPEAKING’ MACAM MAT SALLEH?

KidsTIPS KEIBUBAPAAN
Home›Kids›5 TIPS UNTUK ANAK KECIL BERKONGSI BARANG

5 TIPS UNTUK ANAK KECIL BERKONGSI BARANG

By admin
22/10/2018
1469
0

Walaupun anak-anak masih kecil, mereka perlu diajar untuk berkongsi barang dengan individu di sekeliling mereka. Ini kerana, perkongsian merupakan perkara yang penting dalam kehidupan. Mereka perlu berkongsi pelbagai perkara di sepanjang perjalanan kehidupan mereka.

Berikut merupakan 5 tips mengatasi anak suka bergaduh dan bertengkar kerana tidak mahu berkongsi barang agar mereka dapat belajar bermain atau menggunakan sesuatu barang itu bersama-sama tanpa berebut.

1. MULAKAN DARI RUMAH

Rumah merupakan sekolah pertama anak-anak. Pelbagai perkara akan anak pelajari bermula dari rumah. Anak dalam usia sebegini sememangnya menjadi pencerap dan pemerhati yang sangat baik terhadap perkara yang berlaku di sekelilingnya.

Sebagai contoh, ibu bapa boleh menunjukkan kepada anak bahawa semua ahli keluarga boleh berkongsi kuih-muih yang dihidangkan dalam satu pinggan untuk dimakan bersama, berkongsi buku untuk dibaca atau berkongsi menggunakan alat tulis yang ada di rumah.

2. BERMAIN BERSAMA

Bermain bersama anak juga merupakan salah satu cara untuk mendidik anak kecil berkongsi barang. Ini kerana, dalam proses bermain itu sudah pasti kita akan menggunakan pelbagai peralatan untuk bermain bersama mereka termasuklah alat permainan anak. Jadikan aktiviti bermain bersama anak kecil sesuatu yang menyeronokkan dengan berkongsi barang permainan bersama mereka.

Kelak, mereka akan memahami bahawa berkongsi barang itu dapat melipat gandakan kegembiraan mereka bukan sahaja ketika bermain, malah dalam melakukan pelbagai perkara lain juga.

3. TETAPKAN MASA

Ibu bapa juga boleh mengajar anak berkongsi barang dengan menetapkan masa untuk anak bermain atau menggunakan sesuatu barang. Sebagai contoh, abang akan bermain alat muzik gitar dalam masa 10 minit, dan kemudian giliran adik pula bermain permainan tersebut dalam tempoh 10 minit.

4. MINTA KEBENARAN

Untuk mengelakkan anak suka bergaduh, fahamkan mereka tentang konsep meminta dan memberi pinjam untuk berkongsi barang. Didik anak kecil untuk meminta kebenaran sekiranya ingin meminjam atau berkongsi barang dengan orang lain dan ucapkan terima kasih apabila diberi pinjam barang tersebut.

Tegur anak kecil secara berhemah sekiranya mereka hanya merampas barangan yang diingini daripada orang lain. Ingatkan juga anak kecil untuk berhati-hati ketika menggunakan barang yang dikongsikan bersama orang lain itu dan menjaga barang tersebut seperti barangnya sendiri.

5. BERI KEPADA YANG MEMERLUKAN

Berkongsi apa yang kita ada kepada orang lain yang memerlukan adalah amalan mulia yang seharusnya dipupuk dalam diri anak kecil. Sesekali, kita boleh mengajak anak untuk mengumpul barang-barang yang masih elok tetapi tidak lagi digunakan di rumah untuk diberikan kepada individu yang lebih memerlukan.

Cara ini bukan sahaja dapat memupuk sifat pemurah dalam diri anak, malah anak kecil ini akan belajar bahawa perkongsian dapat memberi manfaat buat orang lain juga.

Post Views: 1,636
Previous Article

PANDUAN MEMILIH PERMAINAN YANG SESUAI SUPAYA ...

Next Article

BOLEH KE BAGI ANAK 2 TAHUN MINUM ...

Related articles More from author

  • ActivityKidsTIPS KEIBUBAPAAN

    7 PERKARA IBU AYAH PERLU PEKA TENTANG RABUN & KEROSAKAN MATA PADA ANAK

    25/04/2019
    By admin
  • ActivityEDUCATIONAL RESOURCESKidsTIPS KEIBUBAPAAN

    ANAK SAYA DAH UMUR 6 TAHUN TAPI BELUM PANDAI MEMBACA

    28/03/2019
    By admin
  • ActivityKidsTIPS KEIBUBAPAAN

    PERMAINAN YANG SESUAI UNTUK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

    21/05/2019
    By admin
  • ActivityEDUCATIONAL RESOURCESKidsTIPS KEIBUBAPAAN

    5 DALAM 1 PERMAINAN YANG PASTI SI COMEL TERUJA!..

    20/02/2019
    By admin
  • KidsParenting

    Learning to read doesn’t start in kindergarten or primary school

    24/09/2018
    By admin
  • ActivityKidsTIPS KEIBUBAPAAN

    7 IDEA AKTIVITI BULAN RAMADHAN UNTUK ANAK 3 TAHUN KE ATAS. SERONOK!

    09/05/2019
    By admin

Leave a reply Cancel reply

You might be interested

  • KidsTIPS KEIBUBAPAAN

    BOLEH KE BAGI ANAK 2 TAHUN MINUM UBAT BATUK?

  • KidsTIPS KEIBUBAPAAN

    SIKIT-SIKIT GADJET, SIKIT-SIKIT YOUTUBE, BURUK PADAHNYA!

  • ActivityKidsTIPS KEIBUBAPAAN

    7 IDEA AKTIVITI UNTUK KANAK-KANAK YANG TIDAK SUKA KERTAS DAN BUKU UNTUK BELAJAR MEMBACA

  • LATEST REVIEWS

  • TOP REVIEWS

Timeline

  • 30/05/2019

    5 SEBAB BAYI TAK BOLEH DICIUM SESUKA HATI

  • 28/05/2019

    5 TIP BERAYA UNTUK IBU AYAH YANG ADA ANAK KECIL

  • 24/05/2019

    8 TIPS PENTING ELAK ANAK MERAGAM SEMASA BERAYA DI KAMPUNG

  • 21/05/2019

    PERMAINAN YANG SESUAI UNTUK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

  • 17/05/2019

    JIKA SI KECIL TERKENA EKZEMA AMALKAN 8 TIPS RUTIN HARIAN INI

Follow us on Instagram

logo

“We contribute to the development of High Order Thinking Skills (HOTS) Generation by unleashing the ultimate potential of every children”

About us

  • No 3, Jalan Inang 1, Taman Paya Rumput Utama, 76450, Melaka
  • 013-3693690
  • info@kidcited.com
  • Recent

  • Popular

  • Comments

  • 5 SEBAB BAYI TAK BOLEH DICIUM SESUKA HATI

    By admin
    30/05/2019
  • 5 TIP BERAYA UNTUK IBU AYAH YANG ADA ANAK KECIL

    By admin
    28/05/2019
  • 8 TIPS PENTING ELAK ANAK MERAGAM SEMASA BERAYA DI KAMPUNG

    By admin
    24/05/2019
  • PERMAINAN YANG SESUAI UNTUK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

    By admin
    21/05/2019
  • 12 Tips to Survive the Ride with your Kids.

    By admin
    23/06/2017
  • 7 IDEA AKTIVITI UNTUK ANAK 1-3 TAHUN SELAIN MAIN GAJET SAJA

    By admin
    03/05/2019
  • Gadgets, We Don’t Want You!

    By admin
    22/05/2017
  • Benefits of Painting for Kids

    By admin
    22/05/2017
  • Fatima Haris
    on
    02/11/2020

    7 IDEA AKTIVITI UNTUK ANAK 1-3 TAHUN SELAIN MAIN GAJET SAJA

    Terima kasih atas perkongsian ...
  • admin
    on
    06/10/2020

    Contact Us

    Salam sejahtera, Kami terima aduan ...
  • NURUL FIRDAUS BINTI BAHARUM
    on
    04/10/2020

    Contact Us

    Saya ada beli kit ...
  • admin
    on
    25/03/2019

    Contact Us

    Hi cikpuan Farah.Harga set ...

Photostream

    Follow us

    • Home
    • About Us
    © Copyright BKNINJA. All rights reserved.