BOLEH KE BAGI ANAK 2 TAHUN MINUM UBAT BATUK?

Tanda-tanda awal batuk adalah seperti sakit tekak, hidung berair dan tersumbat akan menganggu kualiti tidur dan aktiviti seharian anak-anak. Batuk dan selsema sinonim dengan anak-anak dalam proses tumbesaran mereka. Situasi ini akan menimbulkan rasa kebimbangan dalam kalangan ibu bapa dan mereka akan cuba mendapatkan rawatan seperti memberikan ubat batuk kepada anak-anak. Walaubagaimanapun anak-anak bawah 2 tahun tidak disarankan untuk mengambil ubat batuk.
KENAPA KITA BATUK?
Batuk ini sebagai anugerah tuhan. Ia merupakan satu common reflex action yang membantu mengeluarkan kahak atau benda asing di kerongkong kita. Bayangkan jika Allah tak beri kita batuk? Sudah tentu kahak makin lama makin banyak di tekak dan ini sudah tentu membuat kita makin tak selesa. Begitu juga dengan benda asing atau foreign body. Dengan ada nya batuk, ia membantu mengeluarkan benda asing ini.
TAPI, PERLUKAH KANAK KANAK DI BAWAH 2 TAHUN MINUM UBAT BATUK?
The Us Food and Drug Administration (FDA) merekomendasikan kanak kanak di bawah 2 tahun TIDAK BOLEH DIBERIKAN UBAT BATUK terutama ubat yang available over the counter (otc). Malahan, The American Academy of Paediatrics pula tidak merekomendasikan ubat batuk pada kanak-kanak di bawah 4 tahun.

Jenis ubat batuk yang mana pula yang tidak boleh?
1
Cough Expectorant (guafenesin)
2
Cough Suppressant (dextromethorphan)
3
Decongestants (pseudoephedrine, phenylephrine)
4
Certain Antihistamine (clhorpheniramine)
JADI, APA PERLU SAYA BUAT JIKA ANAK SAYA BATUK?
- 1Pastikan anak anak kita stay hydrated. Beri makan yang berkhasiat dan minum secukupnya. Bagi buah-buahan yang kaya dengan Vitamin C kepada anak anak seperti buah oren.
- 2Juga disarankan ibu membeli nasal aspirator untuk menyedut hingus anak anak di rumah. Jika hidung mereka penuh dengan hingus / mucus boleh menjadi punca mereka menolak untuk menyusu.
- 3Cuci tangan sebelum memegang anak anak. Hand sanitizer amat penting dan senang di bawa kemana mana.
- 4Pastikan tiada rapid breathing atau nafas laju. Jika ada, (mengikut umur) langsung bawa ke hospital.
- 5Menggunakan sapu tangan / menutup mulut jika batuk. Jika perlu, anda pakai mask.
- 6Kurangkan membawa anak di tempat awam.
- 7Jangan meludah merata rata
- 8Bagi anak anak yang ada asma, prevention is better than cure. Hapuskan sebarang pencetus seperti haiwan, karpet, pollen, rokok dan lain-lain lagi.
Marilah kita sama-sama elakkan memberi ubat batuk pada anak-anak kita. Lebih baik kita ikut langkah-langkah seperti di atas supaya anak kita lebih selamat.
7 IDEA AKTIVITI UNTUK ANAK 1-3 TAHUN SELAIN MAIN GAJET SAJA
Contact Us
Contact Us
Contact Us