6 SEBAB ANAK CEPAT BOSAN DENGAN MAINANNYA DAN LEKA DENGAN GADGET JE!

Kita dah beli macam-macam jenis mainan, bila anak main sekejap je. Kalau tak beli mainan anak nak sangat mainan tu. Kalau beli mainan ni harini, esok minta yang lain, bosan katanya.

Cuba kalau diberi gajet, leka je siap boleh main gajet lama-lama lagi.

Oleh itu, ibu bapa kena tahu 6 sebab ini supaya anak lebih berminat untuk bermain dengan mainan mereka. Tak adalah nak menghadap gajet saja 24 jam! 😝

1. MAINAN TIDAK LAGI SESUAI DENGAN USIA ANAK

Usia adalah antara faktor terpenting bila kita sebut tentang pilihan mainan kanak-kanak. Biasanya kalau mainan itu terlalu mudah, ia kurang mencabar. Tapi kalau susah sangat nak dimainkan, anak pun boleh stres juga. Kedua-dua keadaan ini boleh menjadikan anak cepat bosan dengan mainan tersebut.


Kita boleh mengambil kira usia yang disyorkan untuk mainan tersebut mengikut panduan di kotak mainan. Panduan tersebut memberi sedikit gambaran dalam fungsi mainan tersebut dalam melatih perkembangan kanak-kanak. Setiap mainan mempunyai fungsi berbeza dalam mengasah kemahiran kanak-kanak.

2. NAMPAK BENDA YANG SAMA

Setiap kali melihat tempat / kotak permainan, mereka nampak mainan yang sama. Bukannya tak ada mainan lain, tapi mungkin mereka ‘terlupa’ kewujudan mainan-mainan yang lain.


Jadi, cuba ganti-gantikan mainan yang mudah diakses untuk menarik perhatiannya. Gunakan teknik ‘asing dan sorok’ supaya hanya mainan tertentu yang dikeluarkan setiap kali bermain. Dengan ini, anak juga tidak akan cepat bosan. Malah, berasa excited pula apabila terjumpa mainan yang dah lama tak dimainkan oleh mereka.

3. BANYAK SANGAT MAINAN!

Menurut Pakar Pendidikan Kanak-kanak, terlalu banyak mainan dapat menyumbang ke arah rangsangan yang berlebihan. Ini menyebabkan anak rasa rimas sehingga tidak berminat untuk bermain dengan mainan tersebut. Mereka juga mungkin mudah berasa keliru dan sukar membuat keputusan untuk memilih alat permainan yang nak dimainkan.


Sebaliknya jika jumlah permainan dihadkan, anak lebih mudah fokus pada mainan yang digemari. Malah, dengan jumlah yang terhad ini mereka cenderung berimaginasi dan memikirkan lagi pelbagai cara untuk bermain dengan mainan tersebut.

4. IBU BAPA TAK IKUT SERTA / TERLALU KERAP IKUT SERTA

Ada kalanya anak cepat bosan kerana mereka tak tahu menjadikan sesebuah permainan lebih menarik. Maka, penglibatan ibu bapa adalah penting sebagai langkah pertama menggalakkan anak agar suka bermain.


Namun, kita harus ingat yang anak perlukan ruang untuk belajar dan membesar. Kalau kita asyik turut serta, mereka mungkin akan terlalu bergantung kepada ibu bapa dan tak tahu bermain sendiri.

5. ANAK TAK BERMINAT UNTUK BERMAIN KETIKA ITU

Kadangkala kita lupa yang anak kecil kita juga sama seperti kita dan orang lain yang mempunyai keinginan dan kegemaran yang tersendiri. Kita sendiri mesti tak suka didesak untuk melakukan perkara yang kita tidak mahukan lakukan. Begitu juga halnya dengan anak kecil. Mungkin pada masa itu mereka lapar, tidak selesa, atau memang tak ada mood untuk bermain.


Ibu bapa boleh mengambil inisiatif dengan memastikan mereka ditempatkan di ruang yang selesa. Jangan lupa pastikan semua keperluan anak dah dipenuhi terlebih dahulu. Kemudian, barulah cadangkan 2-3 jenis mainan berbeza. Contohnya jenis quiet toys (puzzle, blok binaan) atau bola. Ini dapat membantu mereka membuat pilihan dengan lebih mudah.

6. ASYIK ‘DISUAP’ DENGAN GAJET

Menurut Pakar Psikologi Perkembangan Kanak-kanak, rasa bosan anak terhadap mainan yang cepat adalah hal yang normal. Ini berlaku kerana tempoh fokus (attention span) anak kecil adalah lebih pendek berbanding orang dewasa. Disebabkan itu, anak cepat berasa bosan.


Sungguhpun begitu, dalam sedikit masa lagi mereka akan bermain semula dengan mainan itu, terutamanya apabila mereka sudah mampu memikirkan pelbagai cara untuk bermain dengannya.


Namun sekiranya mereka asyik di’suap’ dengan gajet, minda mereka tidak akan berkembang dan batas imaginasi mereka juga menjadi terhad. Mainan seperti Playstation, Game Boy, atau tablet cenderung menjadikan anak pasif selain menyebabkan anak ketagih. Apa yang menakutkan, pakar mendapati ketagihan ini boleh diibaratkan seperti memberi mereka 1 gram dadah jenis kokain!


Mainan yang mahal dan baru tak semestinya menyelesaikan masalah anak bosan. Kadang-kadang cukup hanya dengan bahan yang ‘simple’ seperti pen, kertas, cat warna, atau kotak kosong pun dah boleh buat anak gembira dan ceria tanpa gajet!

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *