TIPS MEMILIH PRODUK MANDIAN YANG SESUAI UNTUK SI MANJA!

Bila ada anak kecil ni, segala-galanya mestilah lengkap from head to toe, termasuklah kelengkapan mandian untuk si manja. Yelah, kita sebagai ibu bapa ni hanya mahukan yang terbaik untuk si manja. Walaupun kat luar sana terdapat lambakan produk mandian yang boleh kita pilih, tapi ibu bapa kena berhati-hati, risau ada bahan berbahaya dan mungkin sensitif pada kulit si manja.

Haa.. kalau pening dan tak tahu nak pilih produk apa yang sesuai untuk si manja, apa kata anda ikuti tips-tips yang kami kongsikan ni..

1

PILIH PRODUK YANG BEBAS BAHAN KIMIA BERBAHAYA

2

PILIH PRODUK YANG MEMPUNYAI KANDUNGAN LEMBUT UNTUK KULIT SI MANJA

3

ELAKKAN PRODUK YANG MENGANDUNGI PARABEN!

4

PASTIKAN PRODUK TERSEBUT BEBAS DARI TRICLOSAN

PILIH PRODUK YANG BEBAS BAHAN KIMIA BERBAHAYA

Sebelum membeli sebarang produk mandian, anda kena baca kandungan produk tersebut dan pastikan ia bebas dari toksik ataupun bahan kimia berbahaya. Bukan apa, bimbang akan menimbulkan reaksi alergi pada kulit si manja yang sudah sedia sensitif. Kadang-kadang, ada juga produk yang boleh merosakkan kulit dan menyebabkan ruam-ruam pada si manja. Hati-hati ya!

PILIH PRODUK YANG MEMPUNYAI KANDUNGAN LEMBUT UNTUK KULIT SI MANJA

Nak tahu cara untuk pilih produk yang mempunyai kandungan lembut pada kulit? Mudah je, pastikan kandungan produk tersebut adalah hypoallergenic dan tanpa toksik. Elakkan produk yang mengandungi alkohol, alkali, dan bahan kimia lain. Seelok-eloknya, pilih produk yang berasaskan organik dan juga tumbuhan semulajadi.

ELAKKAN PRODUK YANG MENGANDUNGI PARABEN!

Paraben ni memang sangat bahaya untuk bayi kerana ia boleh mengganggu sistem endokrin yang berkait rapat dengan hormon badan di mana ianya boleh menyebabkan keradangan kulit, baligh awal dan juga kemandulan. Bahayanya! Nak selamat, pilih produk yang bebas paraben dan tanpa bahan kimia yang berbahaya.

PASTIKAN PRODUK TERSEBUT BEBAS DARI TRICLOSAN

Apa tu triclosan? Haa.. kalau anda nak tahu, triclosan ni bertindak sebagai bahan pembunuh bakteria. Biasanya, kita akan jumpa label triclosan ni di produk barangan penjagaan diri. Tapi sebenarnya, ia adalah sangat berbahaya buat si manja! Triclosan ni bukan je berisiko untuk menganggu hormon dalam badan, tetapi ia juga boleh menyebabkan iritasi dan kulit kering.

Setiap ibu bapa pasti mahukan yang terbaik buat si manja mereka. Sebab itu anda harus memilih produk mandian yang bersesuaianuntuk si manja agar kulit si manja tetap halus, lembut dan sihat.

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *