BILA & BAGAIMANA MENGAJAR ANAK BAHASA INGGERIS

Disini saya nak kongsikan persoalan bila dan bagaimana mengajar anak bahasa inggeris. Kita perlu memupuknya seawal yang mungkin agar anak tidak ketinggalan dan mampu menguasai bahasa inggeris. Diharap dapat membantu dan memberi manfaat pada semua ye.

1. Bilakah masa yang terbaik untuk mengajar anak-anak Bahasa Inggeris?

Seawal mungkin, tetapi dari peringkat bayi sehingga umur 3 tahun adalah masa terbaik. Malah walaupun bayi masih dalam kandungan pun sudah boleh dimulakan (melalui pembacaan kepada kandungan).


Ini kerana dalam 3 tahun pertama kanak-kanak, keupayaan mereka untuk menguasai kemahiran bahasa adalah amat menakjubkan sekali.  Mereka mampu menyerap apa sahaja yang didengar dengan cepat dan jauh lebih baik dari orang yang lebih dewasa.


Mereka mampu memahami perkataan dan pertuturan dalam 2-3 bahasa tanpa masalah, dengan kadar yang tinggi. Selepas umur melebihi 3 tahun, keupayaan ini semakin berkurangan.

2. Adakah terdapat cara-cara tertentu atau formal untuk mengasah kemahiran berbahasa Inggeris ini?

Tidak perlu, mereka mampu belajar dari persekitaran sahaja seperti pertuturan ibu bapa/keluarga, malah dari rancangan-rancangan TV yang sesuai seperti Dora the Explorer dan Sesame Street.

Pengaruh ibu bapa juga amat penting... cara terbaik ialah salah seorang ibu atau bapa perlu berinteraksi dalam Bahasa Inggeris dengan anak-anak sekerap mungkin.

3. Apakah di antara tips-tips praktikal untuk diamalkan oleh ibu bapa yang BI bukan bahasa utama, tetapi mahu anaknya berjaya menguasai BI dengan baik?

  • 1
    Mulakan sekarang! Lebih awal lebih baik terutamanya jika anak-anak di bawah 3 tahun. Benarkan mereka menonton program BI yang sesuai dan mendengar/menyanyi lagu kanak-kanak. Bacakan buku-buku cerita dalam BI juga setiap malam.
  • 2
    "One Parent, One Language". Salah seorang ibu atau bapa bertutur dalam BI secara sepenuhnya, supaya anak dapat memahami BI secara sepenuhnya.
  • 3
    Biarkan anak-anak mendengar orang lain berbahasa Inggeris... contohnya guru tadika, jiran-jiran, ibu bapa lain... oleh itu elok untuk kita memilih tadika yang menggunakan BI, atau mempunyai rakan/jiran yg boleh bertutur BI supaya anak kita terdedah kepada bunyi dan slang BI.
  • 4
    Kepada anak yang lebih dewasa, ajarkan berfikir dalam BI secara total, bukannya hanya menterjemahkan sesuatu perkataan. Boleh adakan "English Day" di mana pertuturan dalam BI dengan baik adalah digalakkan. Ini boleh menghapuskan perasaan takut dan malu untuk berbahasa Inggeris.
  • 5
    Jadikan ianya positif dan seronok - anak kecil akan cepat belajar tetapi masih memerlukan masa untuk memperbetulkan "vocabulary, grammar" dalam BI. Cari jalan kreatif spt melabelkan barang dlm BI, Dedahkan perkataan yang sesuai dengan umur mereka.  Lebihkan galakan, kurangkan tekanan.

Kesimpulan:


Anak kecil terutamanya sebelum 3 tahun mempunyai kapasiti yang luarbiasa untuk menguasai pelbagai bahasa. Jangan lepaskan peluang ini. Dedahkan mereka kepada BI secara terancang, sistematik dan paling penting, menyeronokkan. Hapuskan perasaan takut dan malu, kerana bahasa hanya boleh dikuasai dengan baik jika diamalkan selalu.

Dapatkan Set Kombo Word Family Flip & Read Book sekarang!

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *