TAHUKAH IBU AYAH SEMUA, KESAN MENGHERDIK ANAK-ANAK DI BAWAH USIA 5 TAHUN?

Kata Proffesor Dr. Muhaya,
anak adalah cerminan diri ibu bapanya.
Peringkat usia bayi hingga 6 tahun amat kritikal kerana ketika ini mereka seperti span yang menyerap bukan sahaja kata-kata tapi juga kelakuan ibu ayah mereka.
Menjerit memekik memarahi mereka tidak banyak membawa kesan positif malah memyebabkan kesan negatif sekiranya ia menjadi rutin.

KESANNYA;
1
Pada peringkat permulaan, anak akan takut dan akur dengan herdikan ibu ayah. Lama kelamaan, mereka berubah menjadi AGRESIF dan PEMARAH.
Ini kerana mereka melihat cara ini membuat orang ikut kemahuan mereka.
2
Anak akan lebih suka MENGGUNAKAN BAHASA KESAT ketika bergaul dengan rakan atau hendak mendapatkan sesuatu.
Cara ini menunjukkan mereka tidak tahu mengurus emosi bagaimana menghadapi rasa kecewa apabila tidak mendapat apa yang dihajati.
3
Anak berubah menjadi seorang yang KURANG KEYAKINAN DIRI, tidak suka secara bersaing sihat dengan rakan lalu suka MEMENCILKAN DIRI.
Kekerapan ibu ayah menolak mentah-mentah kemahuan anak-anak dengan cara mengherdik, atau tanpa menjelaskan MENGAPA, menjadikan anak memencilkan diri dari berhubung dengan orang lain. Sifat yakin akan kebolehan diri juga akan makin menipis.

Jadi ibu bapa perlu mengetahui cara untuk mengatasinya, ada cara lain yang lebih baik dari mengherdik. Nanti saya kongsikan pada artikel yang lain ye.
Selamat beramal.
12 Tips to Survive the Ride with your Kids.