APA ITU HORMON DOPAMIN?

Kenapa saya selalu ingatkan untuk peluk cium anak setiap hari. Hal ini kerana setiap kali peluk cium anak hormon dopamine akan mula dirembeskan oleh otak yang menyebabkan timbul perasaan cinta, sayang dan tenang apabila bersama mereka.

Bukan itu sahaja, hormon ini membantu kita untuk mengekalkan hubungan yang erat antara anak dengan ibu bapa selamanya. Dalam hal hubungan dengan anak, saya lebih tekankan bapa patut lebih kerap peluk dan cium anak. Ini kerana, hubungan anak dengan ibu sangat erat di alam rahim lagi.

Pada usia 23-30 minggu bayi mulai dengar dengan jelas degupan jantung seorang ibu. Setiap kali ibu bercakap degupan jantung bayi lebih laju dari biasa. Ini menunjukkan bayi tersebut sedang berkomunikasi dengan ibunya.

Jika puan-puan perasan kebanyakkan anak jika sakit, lapar, takut, ada masalah orang pertama yang mereka panggil adalah IBU.


Para bapa keraplah peluk cium anak. Dopamine akan bantu anda untuk lebih rasa sayang cinta dan tenang apabila bersama mereka.

Saya yakin dan percaya, ibu bapa yang pukul anak sehingga ada yang sepak terajang , tengking, sebenarnya mereka kurang peluk cium anak.

Jika tuan puan tak percaya. Cuba peluk cium anak sekarang. Peluk dengan penuh erat. Pasti tuan puan akan rasa sangat TENANG atau satu perasaan yang tidak mampu digambarkan.

Bukan itu sahaja, peluk cium anak mampu hilangkan stres dengan lebih baik. Stres banyak penyumbang kepada pelbagai penyakit.

Saya pernah peluk anak sehingga saya tidak sedar air mata mengalir. Sangat tenang, sangat bahagia. 

Semoga anak tuan puan menjadi orang yang hebat!

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *