7 IDEA AKTIVITI UNTUK KANAK-KANAK YANG TIDAK SUKA KERTAS DAN BUKU UNTUK BELAJAR MEMBACA

Sekiranya ada kanak-kanak kinestetik (kinesthetic/tactile learner) bersama kita, kita bingung apabila dia tidak mahu menulis dan membaca,
kita boleh mulakan dengan aktiviti berikut:
1
Bentuk huruf dengan dawai atau seumpamanya. Sesuatu yang boleh di lentur. Melentur dawai memerlukan kemahiran motor halus. Kanak-kanak akan menggunakan 3 jari asas untuk menulis. Membentuk huruf dengan kita menyebut bunyi huruf (menggunakan fonik)
Manfaat tambahan: Perkembangan manipulatif
2
Gunakan jari, menulis atas buih halus dan melekit yang disapu di atas lantai atau dulang. Letakkan kad dengan huruf/ suku kata/ perkataan yang kanak-kanak akan belajar.
Manfaat tambahan: Perkembangan sensori

3
Masukkan tepung berwarna dalam plastik. Tutup rapat dan kemas. Tunjuk satu kad dengan huruf/ suku kata/ perkataan yang kita mahu kanak-kanak tiru menggunakan putik kapas.
Manfaat tambahan: Perkembangan manipulatif
4
Lukis bentuk huruf/ suku kata/ perkataan yang kanak-kanak akan belajar atas papan atau lantai atau dulang. Berikan kanak-kanak berus untuk ikut dan warna sambil kita membunyikan atau menyebut perkataan.
Manfaat tambahan: Perkembangan sensori
5
Lukis bentuk huruf/ suku kata/ perkataan dalam dulang dengan pasir. Letakkan kad huruf/ suku kata/ perkataan yang kanak-kanak akan belajar.
Manfaat tambahan: Perkembangan sensori

6
Hasilkan beras berwarna. Masukkan dalam dulang. Gunakan jari untuk membentukhuruf/ suku kata/ perkataan yang kanak-kanak akan belajar.
Manfaat tambahan: Perkembangan sensori
7
Kanak-kanak suka menconteng. Gunakan kapur, berikan papan hitam, galakkan mereka ikut kad huruf/ suku kata/ perkataan yang kanak-kanak akan belajar.
Manfaat tambahan: Perkembangan manipulatif

Kredit : Ilyani Munsarikh
12 Tips to Survive the Ride with your Kids.