KEBAIKAN KAEDAH FONIK YANG IBU BAPA PERLU TAHU!

Melalui kaedah fonik, ramai kanak-kanak telah dapat membaca dengan cepat dan lancar pada usia seawal 3 tahun dan dalam masa seawal 2 minggu hingga 3 bulan sahaja dan mengikut perkembangan anak-anak.

Berikut adalah kelebihan kaedah fonik:

1

Mengikut Tabii

  • Sebenarnya kanak-kanak pada ketika kecil akan mula menyebut bunyi-bunyi tertentu seawal usia 4 bulan, contohnya, /bbbbb/ /mmmm/ /aaaaaa/ /uuuuu/ secara individu.
  • Apabila usia mereka mula memasuki 8 bulan, mereka akan mula menggabungkan bunyi-bunyi tersebut, contohnya /mmm/ dengan /aaa/ lalu menjadi /ma/.
  • Dalam kaedah fonik , konsep bunyi dan gabung-bunyi inilah yang kami ajarkan. Logik, dan mengikut tabii.
  • Melalui gabungan bunyi mereka terus dapat membaca dengan cepat dan lancar tanpa perlu mengeja-eja , menghafal-hafal suku kata ataupun menghafal nama-nama huruf A-Z.

2

Mudah

  • Dengan mengajar bunyi sahaja, kanak-kanak hanya perlu tahu bunyi dan simbol yang ada dalam bahasa pertuturan sahaja.
  • Dalam bahasa Malaysia hanya terdapat 26 bunyi yang penting sahaja. Dengan bunyi-bunyi ini mereka dapat membaca ‘sejuta’ perkataan.
  • Bahkan kaedah ini lebih sesuai untuk anak-anak kecil membaca kerana mereka tidak perlu menghafal ratusan pola dan ejaan sepertimana dalam kaedah mengeja atau sukukata yang banyak dan mengelirukan.

3

Sesuai untuk membaca Bahasa Inggeris

  • Oleh sebab perkataan-perkataan dalam bahasa Inggeris pada asasnya terbina di atas dasar bunyi-bunyi yang digabungkan maka kaedah ini serasi untuk kedua-dua bahasa.
  • Lebih-lebih lagi, terdapat 21 simbol yang diajar di dalam bahasa Malaysia adalah sama sahaja bunyinya di dalam bahasa Inggeris.
  • Secara tidak langsung mereka dengan mudah dapat membaca perkataan Inggeris menggunakan kaedah gabung bunyi ini.
  • Dengan program fonik bahasa Inggeris kami, ReadEasy, kanak-kanak dapat membaca dengan senang.

KIT PANTAS MEMBACA  ALAT BANTU MENGAJAR FONIK

Anda serius mahu bantu anak pandai baca seawal usia 3 tahun?


Beri diri anda dan anak anda peluang untuk memiliki Kit Pantas Membaca ini, ikuti tutorial, bersabar dan amalkan teknik yang saya ajarkan.


Sungguh-sungguh bantu anak, bersabar dan konsisten pasti akan menghasilkan kejayaan besar.

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *