7 AKTIVITI MERANGSANG DAN MEMUPUK KREATIVITI ANAK

Bagaimana kita dapat merangsang kreativiti anak dengan berkesan?Ramai ibu bapa menginginkan anak yang kreatif dan pintar.Namun ramai dikalangan ibu bapa tidak sedar bahawa kreativiti itu tidak mungkin akan muncul dalam diri anak secara tiba-tiba.Kreativiti anak harus dirangsang supaya muncul.

7 aktiviti yang boleh dilakukan untuk merangsang dan memupuk kreativiti anak

1. Merangsang Kreativiti Anak dengan Bercerita.

Bercerita adalah aktiviti yang menarik untuk anak. Selain memberi banyak hikmah dan pengetahuan tanpa rasa diri mereka diajar, anak-anak boleh berlatih berimaginasi serta belajar banyak perbendaharaan kata.

Ibu bapa boleh bercerita sebelum anak-anak tidur. Pada masa lain, galakkan anak-anak menceritakan semula cerita kita itu.

2. Mengembangkan Kreativiti Anak dengan Melukis

Sediakan kertas, alat melukis, dan alat-alat tulis di rumah. Jadi anak-anak dapat melukis pada bila-bila masa sahaja. Melukis tidak semestinya dibuat di atas kertas. Sesekali, minta anak melukis di atas objek seperti tong sampah ataupun pasu bunga.

3. Melakukan Aktiviti Berlakon

Anak-anak yang suka berkhayal mempunyai khayalan yang tinggi, suka berlakon, suka memanfaatkan masa dengan fikiran-fikiran imaginative, dan memiliki kecenderungan yang lebih kreatif. Buatkan cerita yang sederhana tetapi menarik dan cabar anak-anak bagi melakonkannya.

4. Bermain Jigsaw Puzzle

Selain daripada membeli, jigsaw puzzle juga boleh dibuat sendiri. Gari gambar dalam surat khabar ataupun majalah lama. Gunting gambar dan tampal di atas kertas tebal. Selepas itu, gunting menjadi beberapa bahagian.

Sesuaikan tahap kesulitan jigsaw puzzle dengan usia anak. Menyatukan kepingan-kepingan gambar menjadi gambar yang lengkap akan membantu mengembangkan cara berfikir anak-anak.

5. Menyusun blok-blok seperti LEGO

Dalam permainan ini, anak-anak digalakkan membina bangunan dengan blok-blok yang berlainan bentuk dan saiz.Ini menjadikan daya imaginasi dan kepandaian istimewa anak-anak terangsang.

Prinsip bermainan Lego sebenarnya sama dengan bermain blok tetapi bentuk yang dihasilkan oleh Lego lebih banyak dan pelbagai.

6. Beri anak bermain tanah liat dan plastisin

Ajak anak-anak bermain dengan tanah liat atau plastisin lalu menghasilkan bentuk-bentuk yang menarik. Ibu bapa hanya perlu mengajar anak-anak cara menggunakan dan membentuknya. Kemudian beri anak-anak kebebasan bagi membentuk apa sahaja yang mereka mahu.


7. Berikan anak bermain permainan yang bergerak dan berbunyi.

Apabila anak bermain permainan yang ada pergerakan dan bunyian anak akan lebih teransang dengan deria bunyi dan sentuhan.Ini menyebabkan anak lebih fokus dan seronok.

Contohnya dengan permainan Track Racer ni, anak akan melihat pergerakan kereta menuruni susur jalan dari atas ke bawah dengan bunyian kereta melungsur. Anak akan gembira dengan permainan ini.

Dapatkan mainan ini dari kami

Whatsapp : +6013-369 3690

Shopee : Kidcited Learning Store

Lazada : Kidcited Learning Store

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *