7 IDEA AKTIVITI UNTUK ANAK 1-3 TAHUN SELAIN MAIN GAJET SAJA

Bila anak mencapai umur 1 hingga 3 tahun, mereka sudah mula berjalan kan? Bila sudah berjalan ni, macam-macam perkara yang akan mereka terokai. Boleh kata semua bendalah nak buat, dari panjat tangga, panjat kerusi dan macam-macam lagi.

Tetapi, kasihan juga kepada anak-anak yang berada dalam linkungan umur ini kerana selalu menghabiskan masa dengan permainan biasa atau gajet sahaja. Tiada ilmu yang diperolehi dan tiada ‘skill’ yang boleh digilap.

Oleh itu, dengan perkongsian menarik cara didik anak cara Montenssori dari Puan Rasyidah Salleh ini, baru ibu-ibu di luar sana akan dapat banyak idea untuk mempelbagaikan aktiviti si manja setiap hari kan? Nak tahu apakah antara aktivitinya? Jom sama-sama lepas ni kita cuba di rumah ya!

1. CUT THE FRUITS

Tak sabar nak tunggu anak teruna ibu tolong kat dapur. Gaya pegang pisau ‘A’ dah tu.

Kekuatan : Membantu bayi untuk fokus dalam membuat sesuatu perkara, bantu motor skill (pegang pisau).

2. GOAL

Bola-bola dari berlainan jenis. Ada yang keras, ada yang lembik, ada yang ringan, ada yang bantal.

Kekuatan : Memberi bayi pendedahan tentang kepelbagaian berat bola, bantu bayi fokus.

3. RIGHT HOLE

Bayi harus memasukkan batang aiskrim & pompom di lubang yang betul.

 Kekuatan : Mendedahkan tentang kepelbagaian bentuk sesebuah barang, membantu bayi fokus.

4. RING TOWER

Kekuatan : Membantu koordinasi mata & tangan bayi

5. BRUSH YOUR TEETH

Kekuatan : Mengenalkan bayi kepada berus gigi & kepentingan memberus gigi

6. POMPOM DROP

Skill memegang biji ‘pompom’ dan masukkan dalam ‘terowong’. Kekuatan : Mengenalkan kuasa graviti

7. KINETIC SAND

Kekuatan : Untuk sensory & social skill. Nak buat sendiri pun boleh

Sumber: Rasyidah Salleh

1 Comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *