IBU AYAH TAHU TAK APA ITU MAINAN MANIPULATIVES?

Manipulative adalah satu bentuk permainan pembelajaran yang memerlukan anak untuk membina atau membentuk sesuatu dengan menyambung bahagian tertentu permainan tersebut. Permainan ini membantu anak untuk membina kemahiran moto halusnya terutama kordinasi tangan. Permainan ini juga melibatkan kordinasi otak dan mata anak.
Apakah kebaikan bermain manipulative?

- 1Anak dapat melatih otot-otot halusnya terutama di bahagian jari jemari bagi membina kemahiran moto halusnya. Ini amat penting supaya anak akan mudah memegang pensil dan kemudian pandai menulis.
- 2Anak akan cuba memberikan penumpuan terhadap permainannya kerana permainan ini memerlukan anak untuk menyambung, membentuk dan sebagainya. Ini melatih konsentrasi dan kordinasi otaknya.
- 3Anak akan dapat memahirkan diri dalam menyelesaikan masalah dan memikirkan cara yang paling baik untuk menyambung dan membentuk.
- 4Permainan ini baik untuk kordinasi matanya kerana dia mungkin akan melihat benda yang kecil dan berwarna.
- 5Permainan ini akan mengenalkan anak kepada konsep bentuk, saiz, berat, ketinggian mahupun kelebarannya.
- 6Anak juga dapat memahirkan diri dalam konsep mengira (matematik)
- 7Kemahiran sosialnya juga akan meningkat kerana dia perlu bercakap untuk menghasilkan sesuatu atau meminta bantuan daripada orang lain.
Semoga ini dapat memberikan idea untuk anda membuat aktiviti bersama anak di rumah.
7 IDEA AKTIVITI UNTUK ANAK 1-3 TAHUN SELAIN MAIN GAJET SAJA
Contact Us
Contact Us
Contact Us