8 SENARAI PERKATAAN PENTING YANG BAYI KENA PANDAI SEBUT, BARULAH IBUBAPA MUDAH FAHAM!

Perkembangan bagi setiap anak-anak adalah berbeza. Ada bayi yang boleh berjalan dahulu sebelum bercakap dan ada yang perkembangan boleh bercakap dan berjalan itu adalah seiring. Jadi, bila anak-anak dah boleh mengeluarkan perkataan pertama, reaksi ibubapa mestilah sangat seronok. Bayangkan, anak-anak dah boleh panggil kita dengan panggilan ‘ibu’ dan ‘ayah’. Seronoknya!

Tapi, kalau anda nak tahu dengan lebih lanjut, perkataan apakah yang penting untuk perkembangan yang positif dalam kalangan anak-anak, anda boleh baca dengan lebih lanjut.

PERKATAAN PERTAMA ANAK

Semua perkataan penting, tetapi kalau tanya saya perkataan apa yang paling penting untuk anak belajar dahulu, sudah tentu perkataan:

  • Panggilan Mak Ayah.
  • Meminta atau menyampaikan maklumat, seperti “nak” atau “tak nak” sambil menunjuk ke arah yang dikehendaki ataupun “ya”/ “tak” sambil mengangguk atau menggelengkan kepala.
  • Keperluan asasi seperti air, susu atau nasi/makan.
  • Rutin wajib harian seperti mandi, makan, tidur, main, minum susu, buang air kecil dan buang air besar.
  • Panggilan ahli keluarga.
  • Anggota badan.
  • Nama makanan dan minuman.
  • Benda sekeliling seperti cawan, pinggan, bantal, baju, seluar, berus gigi dan sebagainya.

Kalau 8 senarai di atas belum dapat dicapai, usahakan di atas ini dahulu barulah usahakan perkataan “ilmiah” yang lain seperti warna, bentuk, abc, 123, buah-buahan ataupun binatang. Untuk anak bawah 2 tahun jangan lupa rule 7 saat setiap suku kata ya.

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *