PERMAINAN YANG SESUAI UNTUK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Bermain adalah salah satu cara kanak-kanak belajar tanpa diajari oleh orang dewasa melalui pengalaman yang melibatkan fizikal, kognitif dan sosial secara spontan.

Ibu bapa mestilah memilih permainan yang sesuai untuk anak-anak mereka mengikut usia. Tahukah anda pemilihan permainan yang betul dapat merangsang perkembangan otak mereka selain membuatkan mereka lebih cerdas.

#1 Puzzle

Permainan puzzle akan meningkatkan kemahiran kreatif  anak anda dalam menyelesaikan masalah. Selain itu dapat meningkatkan kemahiran ingatan mereka dalam mengenali gambar yang perlu dicantum.

#2 Lego

Apa yang mereka boleh belajar semasa bermain lego ialah merancang dan membina. Permainan ini akan meningkatkan kemahiran kreatif seperti mencipta bangunan atau rumah mengunakan lego.

#3 MELUKIS DAN MEWARNA

Melukis dan mewarna dapat meningkatkan kemahiran kreatif, menulis dan melihat. Melukis dapat meningkatkan daya kreatif manakala mewarna meningkatkan kemahiran berfikir. Mereka perlu membuat keputusan tentang warna yang perlu digunakan dan memastikan mereka akan mewarna di tempat yang betul dan kemas.

#4 Alat Musik

Menyanyi, mendengar dan mencipta. Musik dapat merangsang perkembangan mental dan kecerdasan anak-anak. Menurut kajian kanak-kanak yang terdedah dengan pelajaran musik dengan betul dapat meningkatkan daya pembelajaran dan keyakinan diri.

#5 Main Masak-Masak

Anak perempuan mesti minatkan main masak-masak. Sediakan set permainan dapur untuk mereka. Permainan ini membantu meningkatkan pengetahuan pengurusan anak anda. Selain itu mereka akan belajar mengenali makanan dan buah-buahan yang sihat.

#6 Bola

Kanak-kanak lelaki memang meminati bola. Permainan sukan akan meningkatkan ketahanan badan mereka dan menguatkan sistem emosi. Selain itu mereka akan mula meminati sukan dan menarik minat mereka untuk aktif di dalam bersukan.

#7 Kereta Api Mainan

Mereka dapat belajar cara merancang, membina dan mengunakan dalam permainan kereta api. Selain itu mereka akan belajar membetulkan akan kesilapan mereka dalam menyiapkan trek. Sifat sabar akan dipupuk sewaktu belajar bermain permainan. Selain itu kanak-kanak akan berasa seronok apabila trek siap dan kereta api boleh bergerak dengan lancar mengikut trak yang disusun olehnya.

Kebaikan Yang Mereka Dapat Belajar Daripada Bermain

  • Memupuk semangat bertangungjawab dan kerjasama.
  • Mengajar menghargai. Sebagai contoh mereka akan menyimpan permainan di tempat yang betul.
  • Mengalakkan pembelajaran.
  • Membentuk keperibadian yang positif.

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *