ANAK UMUR 6 BULAN KE BAWAH JANGAN BIARKAN MEREKA MENANGIS

Rupanya ramai mak ayah yang setuju dengan statement "biarkan mereka menangis", nampaknya riuhlah rumah dengan tangisan anak-anak.

Tapi kena ingat ye, teknik "cry it out" ini hanya sesuai untuk bayi berumur 6 bulan ke atas dan ia juga bergantung pada keadaan dimana bayi bukan menangis disebabkan sakit atau lapar. Risau pula kalau ada mak ayah 'ignore', sedangkan bayi itu lapar nak susu atau kembung perut.

Untuk bayi 6 bulan ke bawah, kes dia lain sikit. Kita MESTI pujuk bila dia menangis. Fasa umur 6 bulan pertama adalah sangat penting dalam membentuk "special bonding" dan kepercayaan bayi kepada kita. Yang akan buat mak ayah istimewa dari orang lain. Ada kajian terbaru (600 orang responden) menyatakan bayi yang selalu dipeluk, disayangi, dibelai dan didodoi menunjukkan kesan yang positif terhadap perkembangan otak terutamanya perkembangan emosi dan membesar dengan baik.

Bila kita menangis atau stress, badan kita akan mengeluarkan hormon cortisol iaitu hormon jahat dimana jika terlalu banyak hormon ini dalam badan akan menyebabkan perkembangan emosi anak jadi tidak stabil, dan akhirnya boleh menyebabkan anak kuat mengamuk atau tantrum di masa akan datang.

Kena faham perasaan anak dahulu, sepanjang mengandung 9 bulan anak duduk dalam rahim.

  • Sentiasa rasa dipeluk setiap masa.
  • Rasa didodoi setiap masa.
  • Rasa suam-suam.
  • Sumber makanan mengalir sepanjang masa.
  • Selesa.

Bila lahir kedunia, semuanya hilang. Masa ini barulah bayi "belajar" menangis untuk bagitahu mak ayah bila dia lapar, sakit perut, nak peluk, sejuk, pampers penuh tak selesa, mengantuk dan sebagainya. Jadi memang jadi tugas kita untuk pastikan semua keperluan bayi cukup termasuklah nak peluk.

Sebab itulah dalam "Pyramid of Learning", 3 deria paling utama adalah deria sentuhan, deria sendi dan deria keseimbangan. Sebab bayi memang sangat memerlukannya untuk perkembangan otak yang sihat. Bayi tercari-cari untuk mendapatkan rangsangan ini dengan menangis.

Setiap keperluan bayi berbeza, ada yang nak susu lebih, ada yang nak kena dodoi 24 jam, ada yang nak peluk lebih, ada yang nak kena menyanyi baru nak tidur dan sebagainya. Sebab bayi dah ada personaliti tersendiri seawal umur 4 bulan. Jadi, tolong jangan samakan dengan anak orang lain atau anak yang lain.

Umur bawah 6 bulan, layankan sahaja apa keperluannya selagi kita mampu. Sebab masa umur ini, bayi tak pandai pun lagi nak manipulate mak ayah. Berbeza dengan anak yang 6 bulan ke atas, masa ini kita dah boleh ajar disiplin sikit demi sedikit seperti post sebelum ini (BIARKAN MEREKA MENANGIS).

Sebab mereka sudah pandai memanipulasi mak ayah dengan menarik rambut, baring di lantai, pukul mak ayah dan sebagainya untuk penuhi kemahuannya. Kenapa? Sebab fasa ini mereka tidak pandai lagi untuk sampaikan secara verbal, dan masih belum belajar cara yang betul untuk minta sesuatu. Fasa ini sangat memerlukan kesabaran mak ayah, mohon jangan gunakan kekerasan dengan memukul atau menengking anak. Sebab anak belajar melalui tingkah laku mak ayah. Jika secara kasar, kasarlah dia. Jika lembut, lembutlah dia.

Fasa umur 6 bulan keatas, hadapi dengan penuh kesabaran. Didik anak untuk berlembut bukannya berkasar dengan menunjukkan kemarahan kita kepada mereka. Didik mereka cara yang betul bukannya menghukum mereka.

Kesimpulannya, banyakkan memeluk dan membelai anak. Dapatkan kepercayaan, perasaan selamat dan confident dahulu barulah terapkan disiplin.

Sumber: Maryam jamadi.

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *