5 SEBAB BAYI TAK BOLEH DICIUM SESUKA HATI

Bila raya suasa kunjung-mengunjung menjadi adat biasa orang kita. Bayi baru lahir memang selalu menerima kunjungan tetamu. Tidak kiralah keluarga terdekat, saudara-mara, serta kawan-kawan ibu yang seronok meraikan kehadiran orang baru. Apabila terpandang wajah bayi yang comel, tentu saja ramai yang teruja untuk mencium mereka.

Tapi, apabila ibu bapa membiarkan bayi dicium, terutama oleh orang yang tidak diketahui tentang sejarah dan keadaan kesihatannya, kita telah mendedahkan bayi kepada pelbagai risiko.

5 SEBAB BAYI TAK BOLEH DICIUM SESUKA HATI

Berikut adalah antara sebab utama mengapa bayi, terutamanya baru lahir tak boleh dicium sesuka hati.

1

KUMAN BATUK, SELSEMA DAN DEMAM MUDAH BERJANGKIT

Ketika mencium bayi baru lahir, kuman seperti batuk, selsema, dan demam boleh ikut berpindah dari mulut (air liur) ke pipi atau bibir si kecil. Disebabkan bayi baru lahir belum mempunyai imuniti sekuat orang dewasa, maka mereka lebih mudah diserang jangkitan tersebut.

2

BOLEH TERKENA RUAM KULIT

Ruam kulit boleh berlaku kepada bayi yang begitu sensitif terhadap persekitarannya, lebih-lebih lagi bayi pramatang atau bayi yang mengalami eczema. Oleh itu, pastikan ibu bapa juga sentiasa mengamalkan kebersihan apabila ingin memegang dan menyentuh bayi baru lahir.

3

ASAP ROKOK ‘BASI’

Apabila seorang perokok itu merokok, kesan-kesan nikotin masih akan terlekat di kulit dan bajunya walaupun selepas berjam-jam lamanya. Yang mengejutkan, kepekatan bahan kimia beracun yang terkandung dalam asap rokok ‘basi’ ini sebenarnya adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif.

4

WABAK MERBAHAYA JUGA BOLEH TERTULAR

Selain penyakit biasa seperti batuk dan demam, wabak merbahaya seperti meningitis, herpes, cacar air, dan sebagainya. Satu contoh yang boleh kita ambil adalah penyakit herpes. Penyakit herpes mungkin adalah penyakit yang jarang dihidapi oleh seseorang. Tetapi, terdapat sumber mendapati bahawa seseorang yang terkena herpes akan memiliki virus ini di dalam tubuh sepanjang hidupnya.

5

WAJAH BAYI ADALAH ZON SENSITIF

Fahami bahawa bahagian wajah bayi baru lahir adalah amat sensitif. Penyebaran virus boleh terlekat, boleh terhirup melalui hidung, atau tersebar melalui mulutnya.Oleh itu, kurangkan interaksi dengan bayi pada bahagian wajah sekiranya kita kurang sihat. Bahagian tubuh lain seperti kaki boleh dijadikan alternatif untuk dicium.

BUKAN SOMBONG, IBU BAPA HANYA INGIN MELINDUNGI ANAK

Memang terasa malu untuk melarang tetamu daripada mencium bayi atau anak kita. Malah, kita mungkin dianggap sombong atau ‘diva’ apabila memberi teguran. Tetapi, pencegahan adalah lebih baik daripada merawat. Bila bayi sakit, ibu bapalah yang tidak dapat tidur seharian! Malah, ia adalah hak ibu bapa untuk memastikan keselamatan serta kesihatan bayi.

Sebaiknya, tetamu juga memahami pantang larang bayi baru lahir apabila berkunjung. Cukuplah sekadar melihat bayi dan memanggilnya. Jika tidak sihat, tundakan dahulu daripada melawat bayi baru lahir.

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *