PENGASAS KIT PANTAS MEMBACA

“Tadika pertama yang saya tubuhkan mula beroperasi pada tahun 2008. Bermakna tahun 2023 ni sudah 15 tahun saya berkecimpung dengan pendidikan awal kanak-kanak. 

Pada awalnya, saya menggunakan buku & kaedah yang biasa juga digunakan di tadika-tadika lain. Tapi anak-anak kecil mengambil masa lebih kurang 6 bulan untuk mahir membaca suku kata terbuka.

Pada waktu itu, saya mula memikirkan cara untuk bantu anak-anak kecil ni agar boleh membaca dengan lebih cepat tanpa perlu menggunakan buku, juga tanpa memaksa atau memberi tekanan kepada anak-anak. Anak-anak ini lumrahnya suka bermain, di sebabkan itulah fokus mereka cepat beralih dalam waktu yang singkat.

Oleh yang demikian, saya mula mengabungkan beberapa alat bantu mengajar, kaedah mengajar, lagu-lagu dan alat permainan. Sehinggalah terhasilnya Teknik Pantas Membaca yang saya “padatkan” di dalam Kit Pantas Membaca supaya Kit ini dapat memberi manfaat kepada ramai kanak-kanak dan Ibu Bapa di Malaysia dalam usaha membantu anak-anak kita agar mahir membaca dengan pantas."


PUAN SITI AFFIZA BINTI MOHAMMAD

Pengarah Urusan, Kidcited Sdn Bhd.


LATAR BELAKANG PENGASAS

Puan Siti Affiza Binti Mohammad merupakan pengasas kepada Tadika Aulad Musleh yang kini mempunyai 5 Buah Cawangan dan 3 buah Taska Asybal Playschool yang bertempat di Negeri Melaka. Dengan berdirinya Tadika Aulad Musleh ini, hasrat beliau untuk memberikan manfaat kepada anak-anak kecil di dalam komuniti semakin mudah. Dengan mengembangkan dan memperbaharui teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran, beliau memastikan agar anak-anak di Tadika Aulad Musleh mendapat pendidikan di dalam suasana yang menyeronokan, menarik dan berkesan.

Biodata

Puan Siti Affiza merupakan ibu kepada 4 orang anak. Beliau pernah bekhidmat sebagai Pegawai Sains selama beberapa tahun di beberapa syarikat swasta di dalam dan luar negara, sebelum membuat keputusan untuk meletakkan jawatan kerana ingin memberi perhatian dan fokus beliau kepada anak-anak. Hal ini kerana, beliau menyadari betapa pentingnya Pendidikan Awal kanak-kanak.

Pendidikan

Dari aspek Akademik, beliau berkelulusan dalam Ijazah Sarjana Muda Sains (Bioteknologi) daripada Universiti Adelaide, Australia. Selain daripada itu, beliau juga merupakan pemegang Sarjana Pendidikan (Pendidikan Awal Kanak-Kanak) dari Universiti Pendidikan Sultan idris Shah (UPSI) dan merupakan Cerified Neuro Linguistic Programming (NLP) Master Practitioner dan Certified Transformational Coach.