3 LANGKAH ASAS UNTUK MENGAJAR ANAK MENGGABUNG BUNYI PERKATAAN

 “Tak faham macam mana nak ajar budak-budak sekarang membaca”

Ini antara rungutan yang timbul apabila berbincang mengenai perkembangan anak-anak prasekolah. Kebanyakan tadika hari ini menggunakan Kaedah Fonik untuk mengajar anak membaca. Ibubapa yang kebanyakannya dari generasi X dan generasi Y belajar membaca dengan kaedah mengeja. Jadi berlaku percanggahan dalam proses ibubapa membantu anak-anak belajar membaca di rumah.

Memang bercanggah, tapi kita sebagai orang dewasa yang sudah boleh membaca boleh mempelajari kaedah ini dengan cepat. Banyak kursus dan bahan-bahan di media sosial yang dapat membantu kita memahami kaedah mengajar fonik ini. Selagi kita bersedia untuk belajar, ada jalannya.


3 LANGKAH ASAS UNTUK MENGAJAR ANAK MENGGABUNG BUNYI PERKATAAN

Langkah 1: Ibu menunjukkan kad bergerak.

Ibu akan tanya semula bunyi huruf. Kemudian ibu tunjukkan kad bergerak sambil menyebut bunyi huruf. Apabila kad sudah bergabung, ibu menyebut bunyi gabungan yang terhasil.

Langkah 2: Anak menyebut bunyi bersama ibu.

Setelah melihat ibu menunjukkan kaedah gabung bunyi, anak akan menyebut bunyi bersama-sama ibu.

Langkah 3: Hanya anak menyebut bunyi.

Ibu hanya gerakkan kad, anak yang akan menyebut bunyi huruf sehingga bunyi gabungan terhasil.


Ulang langkah ini beberapa kali hingga anak kuasai bunyi huruf tersebut. Buat aktiviti pengukuhan dengan pelbagai aktiviti sambil bermain yang lain. Ini akan membantu anak lebih menguasai bunyi huruf dengan lebih baik.

Teknik gabung bunyi ini sangat penting semasa anak masih kecil.Boleh guna Kit Pantas Membaca sebagai alat bantuan mengajar kaedah fonik ini.

Selamat berusaha!

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *