Sekali dengar anak jiran tak sampai usia 7 tahun ‘speaking meletop’ mesti terngaga mulut. Kita dah besar panjang pun sukar nak ‘speaking’ mantap, lebih-lebih lagi di tempat kerja atau di luar. Silap sedikit boleh jadi ‘bahan’.
Sememangnya ibu bapa sekarang lebih peka dengan kepentingan Bahasa Inggeris (BI) sehingga sanggup bayar lebih semata-mata memastikan anak petah dalam bahasa berkenaan.
Daripada subjek yang digeruni, kini kanak-kanak ‘enjoy’ mata pelajaran itu.
Kepada mereka yang masih ‘bergelut’ untuk menguasai Bahasa Inggeris, mari sini, kami ada tips yang boleh bantu anda.
1
Berkawan rapat dengan kamus
Boring?! Tetapi percaya kalau anda serius nak belajar BI, cara ini paling berkesan. Simpan dan bawa kamus ke mana sahaja, jika anda ragu-ragu atau mahu kepastian sesuatu perkataan, ambil dan periksa.
Kalau bukan untuk merujuk, selak sahaja kamus itu, tentu ada perkataan menarik perhatian untuk diguna. Kalau anda mahu bina keyakinan, cuba adaptasi perkataaan itu dalam kehidupan harian, guna sebanyak mungkin, lama-lama pandailah!
2
Tonton filem, siri drama atau sitkom Inggeris tanpa sarikata
Anda suka menonton filem BI. Ia satu petanda baik untuk memperkukuhkan bahasa itu. Anda hanya perlu menonton tanpa melihat sarikata. Cuba fahami apa yang cuba disampaikan. Tontonlah sebanyak mungkin. Filem dari Hollywood tanpa slang bahasa yang pekat lebih mudah untuk anda fahami dan tentu sekali, belajar!
3
Bercakap depan cermin
Cara ini agak ‘konservatif’ tapi ia satu-satunya kaedah yang memberi keyakinan kepada diri anda.
Mungkin di peringkat awal terasa kelakar atau tidak selesa tetapi jika dilakukan secara kerap, anda akan dapat membiasakan diri.
4
Mendengar radio saluran BI
Mendengar perbualan, laporan berita dan lagu-lagu BI dalam radio juga memahirkan penguasaan anda dalam bahasa berkenaan. Apabila anda mendengar sesuatu yang baru sebutlah dengan kuat dan jelas, ia akan membantu menambahkan pengetahuan dan memperkukuh tatabahasa.
5
Berani bercakap
Anda mungkin tahu bercakap dalam bahasa asing tetapi takut salah. Jangan risau, ikutkan semua bahasa pun mesti ada salah bunyi atau sebutan. Jadi apa salahnya jika salah sedikit apabila bertutur BI? Lagipun, apabila anda bercakap, ia akan meningkatkan keyakinan diri, sekali gus tampil berani bercakap dalam bahasa berkenaan.
6
Cari kawan yang pandai ‘speaking’
Janganlah lari bila jumpa orang yang pandai ‘speaking’, sebaliknya cuba buat kawan. Anda pasti akan terikut dengan cara pemikiran mereka yang percaya BI adalah mudah untuk dikuasai. Lama-lama anda pun sama-sama ‘mat salleh’.
7
Hafal ayat dalam bahasa Inggeris
Walaupun terpaksa menghafal tetapi kaedah itu lama-kelamaan akan menjadikan anda fasih bercakap, bercakap dengan betul pula tu!
8
Muat naik aplikasi mainan dalam Bahasa Inggeris
Walaupun sekadar aplikasi mainan, tetapi ia akan cepat mempengaruhi anda menguasai BI. Ia juga boleh membantu anda memperkaya tatabahasa. Macam itulah kanak-kanak belajar bahasa itu selepas menggunakan telefon pintar.
9
Fikir positif dan yakin anda boleh melakukan
Sentiasa beri semangat kepada diri sendiri walaupun dikecam rakan atau kenalan yang anggap ‘berlagak’ apabila bertutur dalam bahasa Inggeris.
10
Tulis semula perkataan
Walaupun leceh namun ia sangat membantu. Melalui tulisan anda akan lebih fokus dan memahami maksud dalam ayat berkenaan. Ia akan memudahkan anda faham dan belajar sesuatu perkataan secara efisien.
Nak MUDAH guna alat bantuan kami
Word Family Flip & Read Book.
Dapatkan di: