Kidcited Learning

Top Menu

  • Home
  • About Us
  • Contact Us

Main Menu

  • Home Page
  • Parenting
  • TIPS KEIBUBAPAAN
  • Tutorial Kit Pantas Membaca
  • GET Your Educational Material Here
Sign in / Join

Login

Welcome! Login in to your account
Lost your password?
Register

Lost Password

Back to login

Register

Back to login
  • Home
  • About Us
  • Contact Us

logo

Header Banner

Kidcited Learning

  • Home Page
  • Parenting
  • TIPS KEIBUBAPAAN
  • Tutorial Kit Pantas Membaca
  • GET Your Educational Material Here
  • 5 SEBAB BAYI TAK BOLEH DICIUM SESUKA HATI

  • 8 TIPS PENTING ELAK ANAK MERAGAM SEMASA BERAYA DI KAMPUNG

  • JIKA SI KECIL TERKENA EKZEMA AMALKAN 8 TIPS RUTIN HARIAN INI

  • 8 SENARAI PERKATAAN PENTING YANG BAYI KENA PANDAI SEBUT, BARULAH IBUBAPA MUDAH FAHAM!

  • 10 TIPS MUDAH BELAJAR BAHASA INGGERIS, NAK ANAK ā€˜SPEAKING’ MACAM MAT SALLEH?

ActivityKidsTIPS KEIBUBAPAAN
Home›Activity›ANAK SUKA TENGOK KARTUN? INI CARA MENANGANINYA

ANAK SUKA TENGOK KARTUN? INI CARA MENANGANINYA

By admin
1030
0

Kebanyakan ibubapa mengalami masalah ini. Bila anak mula ā€˜ketagih’ tonton TV, semua kerja tidak jadi. Sehinggakan sampai satu tahap di mana anak sudah pandai menjawab, ā€œKejap….. kejap…..ā€ sambil matanya terus merenung skrin televisyen. Ada anak yang matanya ā€˜dekat’ sangat dengan TV. Sangat merbahaya kerana boleh menyebabkan rabun. Ini bukan soal Astro yang ada banyak rancangan menarik semata-mata, ia lebih kepada ā€˜approach’ dan mekanisme ibu-bapa mengawal anak-anak. Jika dihalang tengok TV, pandai pula cari iPad atau tablet milik ibu-bapa.

Mari kita lihat, bagaimana cara mengatasinya.

1. SEDIAKAN JADUAL MENONTON TV

Takkan di rumah pun perlu ā€˜strict’ begini? Macam pejabat pula mahu ada ā€˜timetable’. Percayalah, jika ada jadual, anak kita akan lebih rasa dirinya diawasi sentiasa. Lebih-lebih lagi jika jadual itu ditampal, terpampang di dinding. Namun, jadi fleksibel dalam keadaan tertentu. Benarkan anak menonton rancangan kegemarannya dalam masa yang ditetapkan.

2. KENALPASTI RANCANGAN KEGEMARAN ANAK

Jika di rumah ada langganan Astro, mesti ada ulangan. Sampai ada orang kata, ā€œAlah, Astro. Asyik ulang-ulang je cerita.ā€. Namun ada kebaikannya begitu. Anak kita boleh menonton rancangan itu. Jika Astro ada fungsi rakaman, rakam cerita tersebut. Bila anak dapat tonton rancangan kegemarannya, kurang sedikit sikap ā€˜rebellious’ atau suka menentang dan marah-marah. Anak akan rasa puas hati.

3. TUTUP TV, SOROKKAN GAJET

Mudah bukan? Pada hari persekolahan, ketika mereka sedang membuat kerja rumah, tutup sahaja TV. Bunyi bising atau ā€˜noise’ dari TV akan mengganggu tumpuan mereka. Jika adik mereka yang kecil berkeras mahu tonton juga rancangan kartun kegemaran, pujuk agar perlahankan sedikit ā€˜volume’. Takut abang dan kakaknya ā€˜join’ sekaki pula. Letak gajet tinggi-tinggi sampai anak tidak boleh ambil. Biar sahaja dia nampak, tetapi tidak boleh capai. Macam zaman dulu-dulu, ibu-bapa kita gantung basikal kerana tidak mahu kita ligat main basikal tanpa mengira penat!

4. BANYAKKAN AKTIVITI BERSAMA ANAK

Bila kali terakhir anda main ā€˜chess’ dengan anak? Main Lego? Main Play Doh? Atau paling mudah, main ā€˜kuda-kuda’ dengan anak? Nampak, ramai ibu-bapa zaman sekarang mengabaikan anak tanpa sedar. Mereka mahukan perhatian kerana sudah seharian berada di rumah penjaga atau ā€˜nursery’. Mereka tidak faham erti kata ā€œMak penat. Ayah penat. Pergi main sanaā€.

Bila tiada orang melayan mereka, sebab itu mereka beralih ke kaca televisyen. Pada hujung minggu, buat aktiviti luar atau dalam rumah bersama mereka

5. KELUAR DARI RUMAH

Apabila berada dalam rumah, aktiviti menjadi terhad. Dulu-dulu, kita main panjat pokok, pengantin-pengantin, baling selipar, baling tin, konda-kondi dan macam-macam lagi. Sekarang, tidak selamat berbuat begitu. Luar rumah pun bukannya ada pokok yang boleh dipanjat. Bila tiada aktiviti, anak jadi bosan. Bila bosan, kepada TV dan gajet jua mereka pergi.

6. BELIKAN BUKU DAN GALAKKAN ANAK MEMBACA

Anak-anak suka pada benda visual, iaitu gambar. Pupuk minat membaca pada anak sedari awal lagi. Elakkan membeli buku yang tebal, penuh dengan tulisan sahaja dan tidak menarik. Buku-buku ensiklopedia bergambar pasti akan menarik minat mereka. Kalau anak suka dinosaur, belikan buku yang tentang dinosaur. Kalau anak suka tentang geografi, belikan buku yang menunjukkan tempat menarik di seluruh dunia yang menunjukkan keindahan alam ciptaan Allah.

 7. TUNJUKKAN TAULADAN YANG BAIK

Kalau mahu anak jauhkan diri dari TV, ibu-bapa juga perlu menahan sabar dan keinginan menonton TV juga. Apa perasaan anak kalau ibu-bapa bagaikan perumpamaan ā€˜Seperti ketam mengajar anaknya berjalan’? Tentu dalam diam anak berkata berkata, ā€œEleh, mama tak bagi kita tengok TV. Mama tengok tu boleh?ā€. Apa nak jawab kalau anak menyuarakan perasaan tidak puas hati dan protes sebegitu?

Sebaiknya, ajak anak tengok bersama. Beralah sedikit dengan mereka. Tonton rancangan kegemaran mereka sekali. Jika anak suka tengok ā€œUpin dan Ipinā€, apa salahnya kita tonton bersama?

​​​​​​​​​Selamat mencuba! Boleh jugak cuba bagi anak Kit Pantas Membaca daripada bagi buku sebab anak akan lebih suka membaca secara interaktif.

Klik link  dibawah  untuk baca selanjutnya:

Apa itu KIT PANTAS MEMBACA?

Atau

Whatsapp

Atau

Boleh klik link profile di IG @kidcitedlearning.store

Post Views: 1,126
Previous Article

APAKAH KOORDINASI MATA-TANGAN?

Next Article

TOLONG KAMI BANTU KAMI.. 😢😢😢

Related articles More from author

  • KidsTIPS KEIBUBAPAAN

    6 SEBAB ANAK CEPAT BOSAN DENGAN MAINANNYA DAN LEKA DENGAN GADGET JE!

    By admin
  • KidsTIPS KEIBUBAPAAN

    APAKAH KOORDINASI MATA-TANGAN?

    By admin
  • ActivityEDUCATIONAL RESOURCESKidsTIPS KEIBUBAPAAN

    5 DALAM 1 PERMAINAN YANG PASTI SI COMEL TERUJA!..

    By admin
  • ActivityKidsTIPS KEIBUBAPAAN

    7 IDEA AKTIVITI BULAN RAMADHAN UNTUK ANAK 3 TAHUN KE ATAS. SERONOK!

    By admin
  • KidsTIPS KEIBUBAPAAN

    CARA MUDAH AJAR ANAK MEMBACA! TIPS AJAR ANAK MEMBACA

    By admin
  • KidsParentingTIPS KEIBUBAPAAN

    5 SEBAB BAYI TAK BOLEH DICIUM SESUKA HATI

    By admin

Leave a reply Cancel reply

You might be interested

  • ActivityKidsTIPS KEIBUBAPAAN

    5 TIP BERAYA UNTUK IBU AYAH YANG ADA ANAK KECIL

  • ActivityKidsTIPS KEIBUBAPAAN

    5 KEBAIKAN BERMAIN UNTUK KANAK-KANAK

  • KidsTIPS KEIBUBAPAAN

    7 PERKARA BIASA YANG BERLAKU BILA DAH ADA ANAK

  • LATEST REVIEWS

  • TOP REVIEWS

Timeline

  • 5 SEBAB BAYI TAK BOLEH DICIUM SESUKA HATI

  • 5 TIP BERAYA UNTUK IBU AYAH YANG ADA ANAK KECIL

  • 8 TIPS PENTING ELAK ANAK MERAGAM SEMASA BERAYA DI KAMPUNG

  • PERMAINAN YANG SESUAI UNTUK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

  • JIKA SI KECIL TERKENA EKZEMA AMALKAN 8 TIPS RUTIN HARIAN INI

Follow us on Instagram

logo

ā€œWe contribute to the development of High Order Thinking Skills (HOTS) Generation by unleashing the ultimate potential of every childrenā€

About us

  • No 3, Jalan Inang 1, Taman Paya Rumput Utama, 76450, Melaka
  • 013-3693690
  • info@kidcited.com
  • Recent

  • Popular

  • Comments

  • 5 SEBAB BAYI TAK BOLEH DICIUM SESUKA HATI

    By admin
  • 5 TIP BERAYA UNTUK IBU AYAH YANG ADA ANAK KECIL

    By admin
  • 8 TIPS PENTING ELAK ANAK MERAGAM SEMASA BERAYA DI KAMPUNG

    By admin
  • PERMAINAN YANG SESUAI UNTUK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

    By admin
  • 12 Tips to Survive the Ride with your Kids.

    By admin
  • 7 IDEA AKTIVITI UNTUK ANAK 1-3 TAHUN SELAIN MAIN GAJET SAJA

    By admin
  • Gadgets, We Don’t Want You!

    By admin
  • Benefits of Painting for Kids

    By admin
  • Fatima Haris
    on

    7 IDEA AKTIVITI UNTUK ANAK 1-3 TAHUN SELAIN MAIN GAJET SAJA

    Terima kasih atas perkongsian ...
  • admin
    on

    Contact Us

    Salam sejahtera, Kami terima aduan ...
  • NURUL FIRDAUS BINTI BAHARUM
    on

    Contact Us

    Saya ada beli kit ...
  • admin
    on

    Contact Us

    Hi cikpuan Farah.Harga set ...

Photostream

    Follow us

    • Home
    • About Us
    Ā© Copyright BKNINJA. All rights reserved.