7 IDEA AKTIVITI BULAN RAMADHAN UNTUK ANAK 3 TAHUN KE ATAS. SERONOK!

“Alahai anak-anak … Bila nak masuk bulan puasa memang ‘excited’, tapi nanti mulalah lembik semacam. Sebab tulah kena ada strategi untuk buat persiapan Ramadhan kali ini.”

Tidak kiralah anak-anak yang berpuasa setengah hari atau berpuasa penuh, mereka tentu akan berasa kurang aktif di bulan Ramadhan pada siang harinya.

Oleh itu, kami ada beberapa tips persiapan Ramadhan yang boleh dilakukan untuk memastikan anak-anak kekal ceria dan gembira, walaupun dalam keadaan berpuasa.

7 PERSIAPAN RAMADHAN YANG BOLEH BUAT ANAK CERIA & ‘EXCITED’ DALAM PENAT BERPUASA

1

SOLAT BERJEMAAH

Selepas pulang dari sekolah, biasanya anak-anak akan rasa letih dan memang ‘liat’ kalau disuruh solat. Ambil kesempatan ini untuk mengajak anak solat berjemaah. Solat berjemaah juga dapat mengurangkan rasa malas dan letih ketika sedang berpuasa.

2

MENGAJI BERSAMA KELUARGA

Mulakan dengan surah-surah pendek. Jangan ambil masa terlalu lama. Cukuplah dengan 1 surah pendek selepas waktu solat fardhu.

3

GALAKKAN ANAK-ANAK MENDERMA DAN BERSEDEKAH

Terangkan kepada mereka kenapa kita perlu memberi sebahagian daripada harta yang kita perolehi.

Kalau kreatif, cubalah buat tabung sendiri di rumah dan sedekahkan wangnya seminggu sekali. Tentu mereka lebih ‘excited’.

4

BERKREATIF DI DAPUR

Ambil kesempatan untuk mengajak anak-anak ke dapur dan turut serta pada waktu siang, tidak kiralah yang lelaki atau perempuan. Setidak-tidaknya anak dapat meluangkan waktu melakukan sesuatu aktiviti yang tidak memenatkan. Mesti mereka bangga dengan hasil tangan sendiri.

5

BACAKAN BUKU TENTANG RAMADHAN


Semakin lama, semakin banyak penerbitan ada menghasilkan buku-buku islamik dalam pelbagai bahasa, jadi anak-anak boleh belajar  sesuatu tentang Ramadhan. Ini dapat meningkatkan pengetahuan am mereka. Bacakanlah dengan anak-anak sementara menunggu waktu berbuka puasa.

6

SEDIAKAN STOK AKTIVITI, KRAF DAN ALAT TULIS

Dalam bulan puasa, anak-anak akan kurang bermain di luar kerana masing-masing berpuasa. Nak bermain dengan permainan pun malas kerana letih berpuasa.

Tapi, itu tidak bermakna mereka akan tidur dan menghadap gajet dan televisyen 24 jam.

Jadi, sediakanlah stok alat tulis agar mereka dapat melakukan aktiviti menarik seperti origami, buku skrap, lukisan, atau kraftangan. Kalau ajak mereka buat kad raya pun tentu seronok!

7

HIASKAN RUMAH

Selalunya bila tiba hari raya, barulah kita nak menghias rumah. Kenapa tidak menceriakan rumah sejak bulan Ramadhan lagi? Dengan adanya kata-kata semangat dan warna-warna ceria yang menghiasi setiap penjuru rumah, barulah kemeriahan Ramadhan lebih terasa!

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *