10 Cheklist Persiapan Hari Raya Supaya Ibu Tak Kelam Kabut Di Hari Raya!

“Hari raya tak lama lagi je ,barang semua dah beli,tapi tak sempat lagi nak kemas barang nak balik kampung ni..Aduhh..macam mana ni,apa barang nak bawa balik ni?”

Setiap kali munculnya hari raya,ibu lah yang paling sibuk nak buat persiapan semua kan. Pening kepala nak mengemas barang-barang yang nak dibawa balik kampung untuk beraya.Tambah-tambah ibu bapa yang ada anak kecil.Lagi banyaklah barang nak bawa balik.Kalau tak buat cheklist betul-betul ada yang tertinggal dan kena beli baru lagi.

Nak senang ni saya bagi 7 Checklist Persiapan hari raya supaya tak kelam kabut untuk ibu yang ada anak kecil!

  1. Basuh semua baju raya yang nak dipakai nanti awal-awal.Jadi selepas basuh boleh terus packing masuk dalam beg.

2. Segala kelengkapan raya yang lain seperti songkok,sampin,kasut,headband pun boleh letak siap-siap dalam                  beg.

3. Pampers paling penting. Asingkan pampers yang perlu digunakan mengikut bilangan yang mencukupi untuk               dibawa pulang ke kampung.

4. Termos air dan juga botol air.Bagi yang ada anak kecil yang minum susu ini memang wajib bawa ye.Kalu tak                 bawa memang boleh kelam kabut ibu ayah dalam kereta tambah-tambah kalau anak yang jenis tak sabar nak               tunggu lama-lama.

5. Baju sepersalinan yang mencukupi selama berada di kampung dari baju basahan,baju tidur dan lain-                              lain.Pastikan juga baju yang menyerap peluh dan selesa.

6. Mainan…mainan..mainan…Pastikan mainan jangan lupa supaya anak boleh leka bermain dalam kereta jika                 perjalanan jauh dan ambil masa yang lama.barulah anak tak meragam dalam kereta lama-lama.

                                          

 

 

7. Makanan yang mencukupi.Anak jika cukup makan dan minum,barulah tak buat perangai kan.Baru boleh tido              lena dalam kereta.Ibu bapa pun tak kelam kabut nak layan meragam anak nanti.

Ini merupakan perkara-perkara yang sangat penting bagi menjamin keselesaan anak sepanjang perjalanan  beraya di kampung. Jika anak selesa pasti ibu bapa pun tenteram dan bahagia pulang ke kampung halaman.Jadi keselesaan anak penting untuk ibu bapa jugak ye.

Akhir kata selamat pulang ke kampung halaman dengan selamat.Selamat Hari Raya maaf zahir dan Batin.

 

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *