JIKA SI KECIL TERKENA EKZEMA AMALKAN 8 TIPS RUTIN HARIAN INI

Si kecil yang sudah terdedah kepada ekzema mempunyai kulit yang sensitif. Justeru, penjagaan yang rapi penting supaya kegatalan dan bintik-bintik merah itu tidak terus merebak. Cuba amalkan beberapa rejim penjagaan kulit yang disarankan di bawah ini…

1

MANDI JANGAN LEBIH DARI SEKALI SEHARI DAN TAK LEBIH DARI 10 MINIT

Bila anak dah terkena ekzema, terdedah kepada air terlalu lama mampu membahayakan kulit mereka. Lebih-lebih lagi apabila terdedah kepada air suam, ia akan mengeringkan kulit kanak-kanak. Seterusnya kulit akan gatal, pedih, kering lalu menggelupas…

Sebaiknya, sapu losyen, krim atau gel serta merta supaya dapat menghasilkan lapisan bagi melindungi kulit, melembap dan melegakan kegatalan.

2

JIKA MENGHANTAR ANAK KE PUSAT JAGAAN KANAK-KANAK HARIAN, BEKALKAN MEREKA SNEK DAN MAKANAN SENDIRI

Bukan apa, sesetengah ibu bapa kurang yakin dengan tahap kebersihan makanan di pusat jagaan. Ada baiknya bekalkan mereka hidangan yang disediakan sendiri di rumah. Lebih terjamin kebersihannya!

3

JANGAN LUPA, BEKALKAN JUGA PEMBERSIH DAN PELEMBAP TANGAN

Jika menghantar anak yang terkena ekzema ke pusat jagaan harian ni, penting untuk membekalkan mereka pembersih dan pelembap tangan sendiri.

4

PENTING UNTUK MENYAPU LOSYEN PELEMBAP 2 HINGGA 3 KALI SEHARI

Kanak-kanak yang terkena ekzema ni kulitnya saaangat sensitif. Justeru, kita perlu sentiasa sapu losyen pelembap secara kerap, antara 2 hingga 3 kali sehari bagi mengelakkan kulit mereka terus kering.

5

CUBA UNTUK ELAK DARI MENGGUNAKAN SABUN

Bila anak dah terkena ekzema ni, pemilihan sabun yang sesuai penting bagi mengekalkan kelembapan dalam kulit. Pilih sabun dengan pH seimbang dan mengandungi bahan yang mampu menyingkirkan minyak semulajadi dari kulit serta dehidrasi untuk kulit yang sihat!

6

PASTIKAN KUKU SI KECIL SENTIASA DIPOTONG

Kalau anak dah terkena ekzema ni, mesti mereka tergaru-garu kan? Haa, sebab tu anda perlu pastikan kuku si kecil sentiasa pendek bagi mengelakkan kegatalan terus merosakkan kulit mereka.

Untuk bayi, pakaikan mereka sarung tangan kapas di waktu malam bagi mengelakkan mereka menggaru kawasan yang terkena ekzema. Jika tidak, lagi teruk jadinya!

7

JAUHKAN HAIWAN PELIHARAAN DARI ANAK BUAT SEMENTARA

Seperti mana semua orang tahu, haiwan peliharaan ni walau dijaga secara rapi sekalipun mereka tetap akan menghasilkan kuman dan bakteria akibat pergerakan mereka ke merata tempat.

8

SEDUT DAN SAPU SAMPAH SECARA KERAP

Kanak-kanak yang terkena ekzema ni sangat sensitif terhadap habuk. Justeru, pastikan anda lap habuk, sedut dan sapu sampah secara kerap. Gunakan juga cecair yang mampu membunuh 99.9% kuman di seluruh kawasan rumah.

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *